Retret Tahunan Kateketikal 2010/ Catechetical Annual Retreat
BUNDU TUHAN: “IBUBAPA SEBAGAI KATEKIS UTAMA”, demikianlah tema retret tahunan Komisi Kateketikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu bersama AJK Tertinggi Komiti kateketikal Paroki yang telah diadakan pada 30 Julai sehingga 1 Ogos 2010 yang lalu, bertempat di Pusat Retret, Bundu Tuhan. Disamping retret tahunan, Komisi telah mencipta sejarah dengan pelancaran blog Komisi (http:// catecheticalkkarchdiocese.blogspot.com) dan majalah Komisi Vivit Dominus. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Rev. Fr. Boniface Kimsin selaku Pengerusi Komisi Kateketikal Malaysia dan pembimbing retret Kateketikal pada tahun ini. Ibubapa sebagai katekis utama yang mana merupakan tema bagi Minggu Kateketikal di seluruh Malaysia pada tahun ini telah dipilih sebagai persiapan para katekis (para pembimbing Minggu Gembira/IKD) untuk sambutan Minggu kateketikal pada 19 September 2010. Seramai 200 warga katekis diseluruh keuskupan telah menyertai retret ini. Ramai peserta yang menyertai retret ini merupakan muka-muka ba...