MATLAMAT, OBJEKTIF DAN SPIRITUALITAS Siri Kateketikal Malaysia telah diterbitkan untuk memenuhi permintaan para ibu bapa, para katekis dan para paderi yang inginkan satu siri kateketikal tempatan berikutan dengan penerbitan Katekismus Gereja Katolik. Siri ini terdiri dari 11 buah buku untuk peserta katekesis dari katekesis dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Siri ini juga dilengkapi dengan satu set buku panduan para katekis. MATLAMAT General Directory for Catechesis (GDC) menyatakan bahawa “MATLAMAT utama katekesis bukan hanya membawa orang untuk berhubung dengan Tuhan tetapi juga membawa mereka dalam persekutuan dan mempunyai hubungan yang intim dengan Yesus Kristus” (GDC, n. 82). Hanya bila kita mempunyai hubungan yang intim dengan Yesus kita dapat satukan diri kita secara mendalam dengan: - Allah BapaNya, yang telah mengutusNya ke dunia, - Roh Kudus, yang mendorong misiNya - Gereja TubuhNya, yang mana Dia serahkan nyawaNya dan - Saudara-saudariNya, yang mana Dia mahu be...
Comments