Posts

Showing posts from October, 2010

RCIA WORKSHOP / BENGKEL IKD TATAL KENINGAU

Image
BENGKEL INISIASI KRISTIAN DEWASA (IKD) DI TATAL KENINGAU SABAH TATAL KENINGAU: Seramai 105 para pembimbing Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) yang mewakili setiap paroki dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan telah menyertai bengkel IKD di Rumah Retret Keuskupan Keningu Tatal pada 8 dan 9 Oktober 2010 yang lalu. Rev. Fr. Boniface Kimsin selaku Pengerusi Komisi Kateketikal Malaysia telah menerangkan bahawa tujuan mengadakan bengkel IKD ini bukanlah membuat buku IKD yang baru tetapi adalah untuk membuat revisi buku IKD yang sedia ada iaitu kebaikan, kelemahan serta cadangan-cadangan dari segi topik, bahan dan tempoh/masa pertemuan, dll. Bengkel IKD telah dimulakan dengan perayaan Ekaristi dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong bersama Fr. Boniface Kimsin, Fr. Bonaventure Unting dan Fr. Ambrose Atang pada petang 8 Oktober. Sebagai memulakan Bengkel IKD, Fr. Boniface Kimsin telah menerangkan secara ringkas latarbelakang proses perjalanan IKD yang telah d...