Posts

Showing posts from May, 2012

Fomat Pengutusan Baptisan Baru

PENGUTUSAN NEOFITES (Baptisan Baru) Selepas homili, pengutusan boleh dilakukan. Paderi: Dipersilakan para baptisan baru tampil ke hadapan (sekiranya telalu ramai dan tempatnya kecil, para BB diminta hanya berdiri di tempat mereka. Wakil Umat: Paderi paroki yang dihormati, para baptisan baru ini telah melalui Inisisi Kristian Dewasa dan telah dibaptis pada malam Paska. Seluruh Gereja bergembira atas pembaptisan mereka. Maka dari itu saya sebagai wakil umat di Paroki ini meminta paderi paroki mengutus mereka untuk hidup dalam komuniti-komuniti Gereja dan menjadi saksi kebangkitan Kristus di dalam keluarga dan di dalam masyarakat yang memerlukan khabar gembira. Paderi: Kepada para baptisan baru yang dikasihi, sebelum saya memberi berkat pengutusan kepada kamu, saya ingin bertanya kepada saudara dan saudari tentang iman kepercayaan kita. Paderi: Percayakah saudara dan saudari bahawa Yesus Kristus telah menderita, wafat dan bangkit bagi kita? Baptisan Baru: Ya, kami perca...