PESAN SEMPENA MINGGU KATEKETIKAL MALAYSIA, 2013
PESAN SEMPENA MINGGU KATEKETIKAL MALAYSIA, 2013 BERSATU DALAM KRISTUS, BERSAKSI BAGI DIA Minggu Kateketikal tahun 2013 akan disambut dan dirayakan pada 22 September ini. Tema yang digunakan mencabar kita para Katekis Pembimbing, dan para Katekumen pada amnya serta Komuniti Umat Kristian pada keseluruhannya. Menjadi seorang pengikut Kristus tidaklah cukup dengan hanya mendaftar diri menjadi seorang katekumen dan akhirnya dibaptis. Mengimani Kristus adalah bersifat proses membangun relasi atau kesatuan yang akrab dengan peribadi Kristus (Yoh. 15:4-5). Melalui Sakramen Pembaptisan seseorang memilih secara tahu dan mahu, menerima Kristus selaku Tuhannya. Akan tetapi kita juga perlu menyedari bahawa menerima dan mengikuti Kristus menuntut kita menjadi saksi-saksi-Nya (Mat. 28:19). Namun hanya apabila kesatuan dengan Kristus terjalin maka kita akan dapat bersaksi bagi Dia. “Tanpa Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa” (Yoh. 15:5). Agar sentiasa dapat bersatu dan ber...