Posts

Showing posts from March, 2011

UPACARA PENERIMAAN / RITE OF ELECTION 13 MARCH 2011

Image
SERAMAI 939…. DITERIMA DALAM UPACARA PEMILIHAN 2011 KEUSKUPAN AGUNG KOTA KINABALU KOTA KINABALU : Pada 13 Mac 2011 yang lalu, bersamaan dengan Minggu Pertama Musim Puasa, seramai 939 katekumen telah diterima di seluruh diosis agung Kota Kinabalu tidak termasuk kanak-kanak. Seramai 650 katekumen telah diterima di Katedral Hati Kudus dan seramai 289 lagi para katekumen telah diterima di paroki masing-masing yang tidak dapat hadir ke upacara di Katedral Hati Kudus kerana keadaan paroki yang agak jauh. Untuk pertama kalinya dalam sejarah diosis agung Kota Kinabalu, Upacara Pemilihan (IKD) serentak telah diadakan di Katedral Hati Kudus, Kota Kinabalu. Upacara yang julungkalinya diadakan sediosis telah disempurnakan oleh Yang Mulia Uskup Agung John Lee, dibantu oleh Coadjutor Uskup Agung John Wong. Seramai 8 orang paderi paroki telah hadir untuk menyerahkan para katekumen mereka kepada Uskup Agung. Mereka adalah Msgr. Primus Jouil dan Fr. Johny Raju dari Katedral Hati Kudus, Fr. Alex Sipa...

MESYUARAT KOMISI DAN PARA KOORDINATOR KATEKETIKAL PAROKI

Image
MESYUARAT KOMISI KATEKETIKAL DAN PARA KOORDINATOR KOMITI KATEKETIKAL PAROKI KEUSKUPAN AGUNG K.K. 2011 Penampang: Komisi Kateketikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Para Koordinator Komiti Kateketikal paroki pada 15hb Februari 2011, bertempat di Pusat Pastoral Keuskupan Agung, Jalan Hiburan Penampang. Banyak perkara yang telah dibincangkan terutama dalam hal-hal pembentukan iman pelajar Minggu Gembira. Antara lain agenda yang telah dibincangkan adalah persiapan Upacara Pemilihan bagi calon-calon baptis yang akan diadakan di Katedral Hati Kudus pada 13 Mac 2011. Daripada laporan para perwakilan paroki, lebih seribu orang akan mengambil bahagian dalam upacara ini termasuk para penanggung dan pembimbing. Selain daripada itu, tema Minggu Kateketikal pada tahun ini juga telah dibincangkan iaitu “Berakar dalam dan dibangun atas Kristus, teguh dalam iman” ( Kolose 2:7). Minggu Kateketikal ini akan dirayakan diseluruh Keuskupan Malaysia pada 18 Septem...

PERSIAPAN PARA KATEKUMEN - UPACARA PEMILIHAN

Image
Kelihatan para katekumen, para penanggung, ibubapa dan pembimbing dalam persiapan Upacara Pemilihan yang  telah diadakan pada 27 Februari 2011, bertempat di Dewan Gereja St. Michael Penampang. Upacara Pemilihan akan diadakan di Sacred heart Cathedral pada 13 mac 2011 jam 2.00 ptg.