Friday, March 4, 2011

MESYUARAT KOMISI DAN PARA KOORDINATOR KATEKETIKAL PAROKI

MESYUARAT KOMISI KATEKETIKAL DAN PARA KOORDINATOR KOMITI KATEKETIKAL PAROKI KEUSKUPAN AGUNG K.K. 2011



Penampang: Komisi Kateketikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Para Koordinator Komiti Kateketikal paroki pada 15hb Februari 2011, bertempat di Pusat Pastoral Keuskupan Agung, Jalan Hiburan Penampang. Banyak perkara yang telah dibincangkan terutama dalam hal-hal pembentukan iman pelajar Minggu Gembira. Antara lain agenda yang telah dibincangkan adalah persiapan Upacara Pemilihan bagi calon-calon baptis yang akan diadakan di Katedral Hati Kudus pada 13 Mac 2011. Daripada laporan para perwakilan paroki, lebih seribu orang akan mengambil bahagian dalam upacara ini termasuk para penanggung dan pembimbing. Selain daripada itu, tema Minggu Kateketikal pada tahun ini juga telah dibincangkan iaitu “Berakar dalam dan dibangun atas Kristus, teguh dalam iman” (Kolose 2:7). Minggu Kateketikal ini akan dirayakan diseluruh Keuskupan Malaysia pada 18 September 2011. Disamping itu retret tahunan dan Konference Kateketikal juga telah ditetapkan pada 29 Ogos hingga 1 September 2011, bertempat di Pusat Retret Bundu Tuhan. Untuk makluman “Vivit Dominus” terbitan Komisi Kateketikal akan diedarkan kepada setiap paroki. Mesyuarat juga telah dimaklumkan oleh Pengerusi bahawa buku Inisiasi Kristian Dewasa sedang dala
m proses untuk membaharuinya dengan nama “Perjalanan Iman Kita Dalam Yesus”. Mesyuarat khas untuk IKD ini akan diadakan di Rumah Rehat Tatal, Keningau pada 28 Februari 2011.

No comments: