Thursday, November 28, 2019

Penutupan Pertemuan Minggu Gembira 2019



Holy Family , Telipok - 26 November 2019

 Good Shepherd Manggatal- 25 November 2019
St Peter ,Kudat - 17 November 2019

St Joseph , Papar - 23 November 2019

Sacred Heart Inobong - 24 November 2019









Monday, November 25, 2019

Catechetical Sunday/ Minggu kateketikal 2020

Minggu Kateketikal 2020
Minggu Kateketikal tahun ini akan kita rayakan pada 19hb January 2020 dengan tema
“Mencari, mengenali, mengongsikan Kristus”
Manusia itu suka mencari dan selalu mencari misalnya; mencari reziki, mencari kedudukan,
mencari kekayaan, mencari teman atau pasangan. Bagi mereka yang berkeluarga pula bekerja
keras untuk mencari wang bagi memenuhi keperluan hidup keluarganya serta untuk
membiayai pendidikan anak-anak mereka. Semua usaha ini adalah untuk mendapatkan
kehidupan yang lebih baik dan bahagia.
Tetapi apakah dengan memiliki semua perkara yang tersebut diatas benar-benar boleh
membahagiakan kita? Minggu Kateketikal tahun ini mengingatkan kita bahawa didalam
apapun bentuk kesibukan yang kita hadapi setiap hari hendaknya kita tidak sampai
meninggalkan YESUS. Oleh yang demikian kita semua diajak untuk terus mencari Yesus
Kristus, mengenali-Nya dengan lebih mendalam dan membina relasi yang intim dengan-Nya,
kemudian mengongsikan KRISTUS yang telah kita kenal itu kepada semua orang khususnya
kepada bimbingan kita serta kepada mereka yang belum mengenal dan ingin mengenali
‘Dia’.
Selaku orang yang mengimani Kristus, kita dimandatkan oleh Yesus sendiri untuk
mengongsikan Keselamatan yang telah kita terima melalui ‘pembaptisan’ kita itu kepada
semua orang. “kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka
dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu
yang telah Ku perintahkan kepadamu ( Mt 28:19-20) namun amanat ini merupakan satu
cabaran bagi kita kerana kita sendiri perlu menghidupi serta melakukan apa yang Yesus
kehendaki kita lakukan itu. Bagaimana kita dapat mengongsikan Yesus Kristus jika didalam
hidup kita sendiri tidak ada Yesus. Selaku orang-orang yang beriman; kita semua
memerlukan Yesus Kristus sebagai teman, penolong dan pendamping dalam perjuangan
hidup kita setiap hari secara peribadi, didalam keluarga mahupun komuniti. Tanpa Yesus
Kristus kita tidak mungkin kuat dan dapat bertahan mengharungi badai kehidupan yang
sering melanda serta menyerang kita dari berbagai penjuru dan sudut. Adakalanya, iman kita
terancam kerana kedudukan dan penganugeraan pangkat yang menuntut kita meninggalkan
Yesus. Keadaan ekonomi dan pekerjaan yang tidak stabil juga salah satu penyebab orang
meninggalkan Yesus. Oleh yang demikian kita tidak hanya diajak untuk mengongsikan Yesus
Kristus tetapi marilah kita belajar dari sikap perempuan yang memanggil sahabat-sahabat dan
jiran-jirannya untuk bersukacita dengannya apabila dia menemukan dirhamnya yang hilang
itu (LK 15:8-9), seperti perempuan tersebut kita juga dapat berbagi serta mengongsikan
kegembiraan, persahabatan serta apa yang dapat kita kongsikan sesuai dengan kemampuan
kita masing-masing kepada mereka yang memerlukan agar kita sama-sama dapat menikmati
kegembiraan dan kebahagian bersama-sama didalam Yesus Kristus.


Catechetical Sunday Message 2020
This year, we celebrate Catechetical Sunday on 19 January 2020 with the theme: “Seek, Know, Share Christ”
Human beings are constantly seeking: seeking for what is necessary to survive, seeking for favourable positions or for more wealth; seeking relationships, or for a life partner. Those with families work hard, seeking to provide for them, especially for the educational needs of their children. These efforts are made so that they and their loved ones may have a better and happier life.
However, even if we achieve or obtain some or all of the above, would we really be happy? The theme for Catechetical Sunday this year reminds us that regardless of our frequent busy-ness and the well-meaning efforts we make in our daily lives to seek a better and happier life, JESUS should not be forgotten. We are invited to seek Jesus Christ continuously, to come to know him better, to have an intimate relationship with him, and then to share Christ whom we know, to others. Especially those under our care, and those who do not know him yet, but desire to.
As followers of Christ, we have been commissioned by Jesus himself to “Go, therefore, and make disciples of all nations, baptising them in the name of the Father, and of the Son and of the Holy Spirit, teaching them to observe all that I have commanded you…” (Mat. 28: 19-20). This means to share with others the fruit of Salvation that we have received through our Baptism. This commission, however, serves as a challenge for us because it demands that we too live and act according to what Jesus has taught us. In other words, how can we share Christ with others if we ourselves do not know him?
We need Jesus as our friend, helper and companion as we strive through life. Whether it be in our personal lives, in our families or communities. Without Christ, we cannot remain strong and steadfast in the face of the many diverse challenges that will constantly come our way. At times, our faith may be threatened – be it from holding positions and titles that explicitly contradict Christian living, or from gradually worsening economic and work conditions, that subtly (yet effectively), direct our attention away from Christ.
Therefore, let us not only share Jesus Christ, but let us also learn from the woman who called out to her friends and neighbours to share her joy of finding the talent she had lost (Lk. 15: 8-9). Like the woman, may we too, give and share joy, companionship, as well as whatever we are able to share with those in need, so that all of us may together, experience the joy and happiness of Jesus Christ.


 2020年教理主日
今年的教理主日为2020年1月19日
主题为“发觉,认识,分享基督”
人们总是不断地在寻求。寻求生计,寻求身份地位,寻求财富,寻求伴侣或配偶。对于那些有家室的人,他们更加努力工作来储集财富以满足其家庭的需要并为子女的教育提供资助。所有的努力都是为了过上更佳,更幸福的生活。
但是,具备所有以上条件真的会使我们感到幸福吗?今年的“教理主日”提醒我们,无论我们繁忙中每天面对什么样的情况下,我们都绝对不可离开耶稣。因此,我们都受邀请继续去寻找耶稣基督,加深对祂的认识,与祂建立更亲密的关系,然后再同他人分享我们所认识的基督,特别是在我们的引领下的人以及那些还不知道和想要认识“祂”的人。
作为基督信徒,我们受到耶稣亲身的命令,把我们通过“洗礼”而获得的救恩分施给所有人。 “所以你们要去使万民成为门徒,因父及子及圣神之名给他们授洗,教训他们遵守我所命告你们的一切”(玛28:19-20)对我们来这可谓是一门挑战。因为我们自己必须活出和做耶稣要我们行的事。如果我们自己生命中没有体验过耶稣,那我们又如何能分享耶稣基督?作为信徒,我们每个人都需要耶稣基督成为我们个人,团体中日常生活的朋友,协助者和同伴。没有耶稣基督,我们经常无法抵御从各个方面和各处来侵蚀我们生命的风暴。有时,我们身份和地位受到威胁时,它要挟我们离开耶稣信仰。经济条件和不稳定的工作也是令人们放弃耶稣的原因。因此,我们不仅被邀请要与他人分享耶稣基督,而且也要求我们学习圣经中那位妇女的态度。当她找到她失去的『达玛』时,她就请女友及邻人来与她同乐! 。 (路 15:8-9)如同所言的那位妇女我们也应当如此;与那些需要我们的人,在友谊中同耶稣基督中同乐和快乐地分享一切。



Perhimpunan Kateketikal Sabah 1 (PKS-1)









Perarakan Statue Bunda Maria ke Nulu Sosopon,Berdoa Rosary

 
  Sesi Perbincangan Berkumpulan

Pengumumaan Tuan Rumah PKS-2






Tuesday, August 6, 2019

Sesi Dialong Bersama Tim Komisi Katekatikal Keuskupan Agung Kota kInabalu.




Sesi Dialong Bersama Tim Komisi Katekatikal Keuskupan Agung Kota kInabalu, bertempat di Holy Family Telipok, Pada 19 Julai 2019. Gabungan 3 Paroki iaitu Manggatal , Inanam dan Telipok.

Tuesday, July 16, 2019

SEMINAR PEMBENTUKAN PARA PEMBIMBING IKD 28 - 30 JUN 2019


SEMINAR PEMBENTUKAN PARA PEMBIMBING IKD DAPAT SAMBUTAN HANGAT

PAPAR – Seramai 384 peserta dari seluruh  Paroki Keuskupan Agung Kota Kinabalu menghadiri seminar menghadiri program Pembentukan IKD yang bertemakan “Kristus Misi, Kita”.  Yang telah diadakan pada 28 – 30 Jun 2019 bertempat di pusat yang Retret FSIC, Pace Bene Purak Papar .
Semina ini dianjurkan oleh Komisi Katekatikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu , Penceramah seminar ini ialah, Dr. Steven Selvaraju dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur.
 Seminar dimulakan dengan Misa pembukaan, Fr. Nicholas Stephen dalam homilinya mengingatkan kepada semua pembimbing bahawa dalam pembimbingan kita mestilah  perpusatkan kepada Yesus. Agar kita dapat membawa lebih banyak lagi  umat – umat katolik menuju ke “Rumput yang hijau dan air yang tenang “ . Dalam pelayanan kita sebagai katekis pembimbing pentingnya kita melayani dengan sukacita dan penuh cinta Kasih  biarpun banyak cabaran dan kekurangan.
Sementara itu Dr Steven menghuraikan beberapa perkara sebagai panduan melayani dalam tajuk – tajuk ceramahnya.
Dalam Dunia Yang Sentiasa BerubahPerubahan zaman kini sangatlah membimbingkan dan mencabar bagi para pembimbing masa kini kerana cara pembelajaran yang semakin moden dan penggunaan teknologi-teknologi masa kini dan pengaruh-pengaruh sekeliling kita. Katanya kita sebagai pembimbing kita mestilah mengikuti pengaliran zaman agar kita dapat mengajar dengan cara  berkesan.
Mengajar Iman KatolikSebagai  pembimbing kita mestilah mengetahui ajaran-ajaran Gereja  dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai  ajaran katolik untuk memudahkan kita dalam pembimbingan kita. Kita kenalah lebih banyak sumber bacaan seperti buku Katekismus Gereja Katolik (KGK) ,  Dokumen Konsili Vatikan II ,sebagai rujukan  untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan kita.
Kaedah kateketikalDalam buku Berjalan Kita Bersama dalam iman katolik dalam ketiga-tiga jilid telah di sediakan panduan kita mengikut kaedah katekatikal dengan lebih proaktif. Ada 3 bahagian iaitu A. Pengalaman Hidup B. Sabda Allah dan C.Sahutan iman.
Bagaimana orang Dewasa dan kanak-kanak BelajarCara pembelajaran yang berbeza kerana cara pemikiran dewasa dan kanak-kanak yang berbeza,katanya cara pembelajaran kanak-kanak lebih kepada  melihat dan menyentuh , dewasa pula lebih kepada perkara yang logik dan memerlukan  sumbar rujukan yang jelas bagi mereka.
Rancangan Pengajaran
Dalam setiap pertemuan pembimbing mestilah membuat persiapan peribadi dengan membelajari lebih awal mengenai tajuk pertemuan pada minggu itu. Agar pembimbing lebih memahami  tajuk pertemuan  dan dapat menjawab persoalan-persoalan bimbingan mereka.
Yesus Inti Katekesis

Di dalam setiap pertemuan kita kenalah tidak hanya berpandukan kepada satu sumber sahaja. buku yang di sediakan bukanlah buku teks melainkan hanya panduan kita di dalam pertemuan. Sumber kita yang utama ialah Yesus Kristus,di setiap pertemuan kita kenalah mengaitkan pribadi Yesus di dalam kehidupan kita serta meyakinkan bimbingan kita agar mereka lebih mengenali peribadi Yesus .
Diakhir seminar ini, Sr Dariah Ajap fsic selaku Ketua Komisi Kateketikal keuskupan Agung Kota Kinabalu berharap  dan menyeru agar para peserta  dapat mengongsikan kepada para pembimbing di paroki mereka masing-masing serta  dapat diamalkan apa yang telah mereka pelajari dari seminar ini.
 Disediakan oleh
Josephine P. Roman