Tuesday, July 16, 2019

SEMINAR PEMBENTUKAN PARA PEMBIMBING IKD 28 - 30 JUN 2019


SEMINAR PEMBENTUKAN PARA PEMBIMBING IKD DAPAT SAMBUTAN HANGAT

PAPAR – Seramai 384 peserta dari seluruh  Paroki Keuskupan Agung Kota Kinabalu menghadiri seminar menghadiri program Pembentukan IKD yang bertemakan “Kristus Misi, Kita”.  Yang telah diadakan pada 28 – 30 Jun 2019 bertempat di pusat yang Retret FSIC, Pace Bene Purak Papar .
Semina ini dianjurkan oleh Komisi Katekatikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu , Penceramah seminar ini ialah, Dr. Steven Selvaraju dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur.
 Seminar dimulakan dengan Misa pembukaan, Fr. Nicholas Stephen dalam homilinya mengingatkan kepada semua pembimbing bahawa dalam pembimbingan kita mestilah  perpusatkan kepada Yesus. Agar kita dapat membawa lebih banyak lagi  umat – umat katolik menuju ke “Rumput yang hijau dan air yang tenang “ . Dalam pelayanan kita sebagai katekis pembimbing pentingnya kita melayani dengan sukacita dan penuh cinta Kasih  biarpun banyak cabaran dan kekurangan.
Sementara itu Dr Steven menghuraikan beberapa perkara sebagai panduan melayani dalam tajuk – tajuk ceramahnya.
Dalam Dunia Yang Sentiasa BerubahPerubahan zaman kini sangatlah membimbingkan dan mencabar bagi para pembimbing masa kini kerana cara pembelajaran yang semakin moden dan penggunaan teknologi-teknologi masa kini dan pengaruh-pengaruh sekeliling kita. Katanya kita sebagai pembimbing kita mestilah mengikuti pengaliran zaman agar kita dapat mengajar dengan cara  berkesan.
Mengajar Iman KatolikSebagai  pembimbing kita mestilah mengetahui ajaran-ajaran Gereja  dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai  ajaran katolik untuk memudahkan kita dalam pembimbingan kita. Kita kenalah lebih banyak sumber bacaan seperti buku Katekismus Gereja Katolik (KGK) ,  Dokumen Konsili Vatikan II ,sebagai rujukan  untuk lebih memantapkan lagi pengetahuan kita.
Kaedah kateketikalDalam buku Berjalan Kita Bersama dalam iman katolik dalam ketiga-tiga jilid telah di sediakan panduan kita mengikut kaedah katekatikal dengan lebih proaktif. Ada 3 bahagian iaitu A. Pengalaman Hidup B. Sabda Allah dan C.Sahutan iman.
Bagaimana orang Dewasa dan kanak-kanak BelajarCara pembelajaran yang berbeza kerana cara pemikiran dewasa dan kanak-kanak yang berbeza,katanya cara pembelajaran kanak-kanak lebih kepada  melihat dan menyentuh , dewasa pula lebih kepada perkara yang logik dan memerlukan  sumbar rujukan yang jelas bagi mereka.
Rancangan Pengajaran
Dalam setiap pertemuan pembimbing mestilah membuat persiapan peribadi dengan membelajari lebih awal mengenai tajuk pertemuan pada minggu itu. Agar pembimbing lebih memahami  tajuk pertemuan  dan dapat menjawab persoalan-persoalan bimbingan mereka.
Yesus Inti Katekesis

Di dalam setiap pertemuan kita kenalah tidak hanya berpandukan kepada satu sumber sahaja. buku yang di sediakan bukanlah buku teks melainkan hanya panduan kita di dalam pertemuan. Sumber kita yang utama ialah Yesus Kristus,di setiap pertemuan kita kenalah mengaitkan pribadi Yesus di dalam kehidupan kita serta meyakinkan bimbingan kita agar mereka lebih mengenali peribadi Yesus .
Diakhir seminar ini, Sr Dariah Ajap fsic selaku Ketua Komisi Kateketikal keuskupan Agung Kota Kinabalu berharap  dan menyeru agar para peserta  dapat mengongsikan kepada para pembimbing di paroki mereka masing-masing serta  dapat diamalkan apa yang telah mereka pelajari dari seminar ini.
 Disediakan oleh
Josephine P. Roman