Thursday, April 1, 2010

HARI BUMI


Katekesis: Apa yang terjadi dengan alam sekitar kita?


Cabaran yang dihadapi oleh dunia pada hari ini adalah pemusnahan alam semulajadi sekaligus boleh membawa kepada kemusnahan bumi.

Pembangunan pesat yang membelakangkan peranan alam semulajadi dalam keseimbangan setiap kehidupan menjadi agenda utama manusia atas alasan pembangunan dan kemajuan dalam semua aspek.

Oleh itu kita sebagai murid-murid Yesus Kristus terutama kita yang dipanggil melayani sebagai katekis maupun sebagai ibubapa perlu menerapkan nilai-nilai Kristian dalam setiap peribadi yang anak-anak kita agar dunia ini menjadi sebuah tempat di mana setiap insan dapat merasakan keindahan yang diberikan oleh Allah Pencipta semesta alam. Apa yang kita perlu tekankan dalam katekesis Hari Bumi/ Alam Sekitar?


REALITI

A) Pencemaran Udara

• Pencemaran udara disebabkan oleh peningkatan karbon dioksida yang berpunca daripada kegiatan perindustrian, asap-asap kenderaan dan penggunaan baja kimia.

• Pembuangan sampah, dll

B) Pemusnahan hutan semulajadi

• Menyebabkan pencemaran sumber air bersih

• Kemusnahan flora dan fauna

• Tanah runtuh, dll.


APA YANG HARUS KITA LAKUKAN?

A) Aspek fizikal

• Menjaga kebersihan persekitaran gereja, rumah, tempat kerja, sekolah dan persekitaran alam.

• Pemuliharaan alam sekitar

B) Aspek Kerohanian

• Melihat dan merenung kewujudan Tuhan dalam ciptaan-Nya

• Menjadi kaki dan tangan Tuhan untuk mengembalikan bumi ini menjadi Taman Eden (dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan untuk keseimbangan kehidupan manusia)

• Menyedari bahawa pemusnahan alam adalah dosa terhadap pencipta-Nya.

BAGAIMANA MENCAPAI SEMUANYA INI?

Kembali dalam perayaan sakramen-sakramen dan lihat bagaimana Allah berbicara mengenai alam dalam sakramen tersebut

Pembaptisan - Kita dibaptis dengan air sebagai lambang penyucian dosa dan pengudusan. Air yang tercemar disebabkan aktiviti manusia boleh membawa erti kepada kematian.

Ekaristi - Kita minum dan makan bersama dalam perjamuan dengan Tuhan dan ini memberi kita kehidupan rohani. Penggunaan baja-baja kimia dan racun-racun serangga yang berlebihan dalam pengeluaran sayur-sayuran dan penggunaan baja kimia untuk produk ternakan yang lebih cepat boleh menjadikan makan seharian kita tidak selamat.
Perdamaian - Dalam sakramen perdamaian, kita didamaikan dengan Tuhan dan sesama. Oleh itu kita harus berdamai dengan alam semulajadi dengan tidak memusnahkannya sesuka hati.


No comments: