SERAMAI 939…. DITERIMA DALAM UPACARA PEMILIHAN 2011 KEUSKUPAN AGUNG KOTA KINABALU
KOTA KINABALU: Pada 13 Mac 2011 yang lalu, bersamaan dengan Minggu Pertama Musim Puasa, seramai 939 katekumen telah diterima di seluruh diosis agung Kota Kinabalu tidak termasuk kanak-kanak. Seramai 650 katekumen telah diterima di Katedral Hati Kudus dan seramai 289 lagi para katekumen telah diterima di paroki masing-masing yang tidak dapat hadir ke upacara di Katedral Hati Kudus kerana keadaan paroki yang agak jauh.

Cuaca begitu baik pada hari itu dan kelihatan para katekumen dan umat telah mulai datang sebelum jam 2.00 petang dan memenuhi ruang gereja tersebut. Sebelum Upacara dijalankan, taklimat dan raptai telah diadakan yang diketuai oleh Koordinator Komisi Kateketikal, Sr. Dariah Ajap, fsic dan Fr. Nicholas Stephen selaku Penasihat Rohani Komisi Kateketikal.
Dalam homili, beliau telah menerangkan akan ketiga-tiga pembacaan yang di ambil dari Minggu Pertama Pra Paska Tahun A. Beliau telah menasihati para katekumen agar benar-benar bersedia untuk menerima Sakramen Inisiasi. Katanya, “Tanpa persiapan yang baik, maka perayaan ini tidak akan bererti. Oleh itu sebagai umat-umat pilihan Tuhan, hendaklah anda semua tahu dan bijak memilih yang baik dan menjauhi apa yang membuatkan anda berdosa, kerana dosa memisahkan kita dengan Tuhan.” Uskup juga mengingatkan bahawa adalah tidak mudah untuk menjadi pengikut Yesus, terdapat banyak jenis godaan-godaan dan cabaran-cabaran (kuasa, kedudukan dan kekayaan dunia) yang akan dihadapi. Oleh itu kita haruslah sentiasa bersandar dan berdoa agar kuasa dan Roh Tuhan membimbing kita ke jalan yang benar. Uskup Agung juga menekankan kepada para katekumen bahawa melalui sakramen Pembaptisan yang akan mereka terima, akan mengangkat martabat mereka sebagai anak-anak yang dikasihi.
Setelah homilinya yang disampaikan dalam tiga bahasa, Upacara telah diteruskan dengan upacara

Sebahagian para calon dari Stella Maris, Tg. Aru |
Melalui perkongsian beberapa para pilihan/calon baptis dari beberapa paroki, mereka mengungkapkan perasaan gembira yang tak terhingga kerana dapat menyertai upacara pemilihan ini di Katedral hati Kudus. Kata mereka, “Upacara ini sangat bererti bagi kami kerana Uskup Agung sendiri yang telah menyempurnakan upacara ini serta memilih kami sebagai para pilihan Tuhan. Ini bererti bahawa kami haruslah serius dalam perjalanan iman kami dan perlu membuat persiapan yang baik untuk menerima Sakramen Inisiasi yang akan datang.”
Fr. Johny Raju bergambar bersama dengan para pembimbing dan para calon dari Paroki St. Paul Dontozidon |
Ada pula yang mengatakan, “Apabila berkumpul bersama dengan umat dari paroki lain, ia lebih memberikan kami semangat untuk meneruskan perjalanan iman kami…ia sangat meriah dan perkara yang baik seperti ini haruslah diteruskan di masa-masa akan datang.” “Pengalaman ini begitu indah sekali, dapat rasakan kesatuan sediosis, mendapat sokongan serta kerjasama daripada paderi paroki dengan kehadiran mereka di situ, merasa puashati melakukan yang terbaik, walaupun pada mulanya agak mencabar untuk membuat persiapan ke upacara ini”. “Satu usaha yang baik ke arah keseragaman se diosis…”. Beberapa calon baptis menyatakan bahawa sekarang mereka faham mengapa Uskup Agung sendiri yang menerima ‘pencalonan’ mereka.
sebahagian para calon dari St. Joseph Papar |