MESYUARAT KOMISI KATEKETIK
SEMALAYSIA
KENINGAU:
Pada 25- 28 January 2016, Komisi
Kateketik SeMalaysia telah mengadakan Mesyuarat Tahunan di Rumah Retret
Keuskupan Keningau di Tatal. Perwakilan
dari semua kesembilan Keuskupan dan Keuskupan Agung hadir ke mesyuarat ini.
Perbincangan memokus pada pembentukan katekis yang
berterusan dan yang mengintegrasikan pembentukan peribadi, kerohanian,
pengetahuan dan kemahiran mereka. Setiap
perwakilan keuskupan diminta menyediakan modul pembentukan katekis yang lengkap
yang akan dikongsikan dalam mesyuarat Komisi yang akan diadakan pada bulan
Oktober tahun ini.
Siri Kateketik Malaysia terbitan Konferens Uskup SeMalaysia
yang telah digunakan secara bertahap sejak 2005 juga dibincangkan. Para katekis semakin tercabar dalam usaha mereka untuk menyampaikan
katekesis mingguan yang lebih menarik dan berkesan di dalam keadaan dunia yang
semakin modern dan berubah. Oleh itu, setiap
perwakilan Komisi keuskupan masing-masing akan membuat penyelidikan untuk
memahami situasi dan pemikiran generasi muda kita sekarang supaya dapat menyediakan
bahan katekesis yang lebih sesuai dengan keadaan dan keperluan para pelajar. Panduan borang soalselidik ini akan
disediakan oleh Fr. Alvin Ho, SJ dari Keuskupan Kuala Lumpur.
Topik-topik pembelajaran tambahan untuk generasi
muda sekarang yang tidak terkandung dalam Siri Kateketik Malaysia boleh disampaikan
dalam Kem, Rekoleksi dan sesi pembentukan iman yang diadakan secara khusus.
Berhubungan dengan katekesis bagi kanak-kanak pra-sekolah,
Sr. Maria Chan berkongsikan tentang Katekesis Gembala Baik.
Bahan pengajaran-pembelajaran untuk Inisiasi
Kristian Dewasa (IKD) yang disediakan
oleh Tim Komisi Kateketikal dari ketiga-tiga Keuskupan di Sabah dibawah
pimpinan Uskup Cornelius Piong telah dikongsikan. Pada mula tahun ini, bahan itu boleh
digunakan sebagai percubaan sebelum dibukukan.
Minggu Kateketik akan dirayakan pada 18 September 2016,
bertema ‘Berbelas Kasihan seperti Bapa’ (Lukas 6:36) sesuai dengan tema
perayaan Gereja sejagat pada Tahun Belas Kasihan. Renungan tema ini akan di sediakan oleh Fr.
Simon Yong, SJ dari Keuskupan Melaka Johor.
Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru juga
telah diadakan seperti berikut:
Pengerusi – Fr. Alvin Ho, SJ – Keuskupan
“Agung Kuala Lumpur
Timbalan Pengerusi – Fr. Mark Michael – Keuskupan P. Pinang
Setiausaha – Michell Wong –
Keuskupan Agung Kuala Lumpur Pembantu
Setiausaha – Sr. Dariah Ajap – Keuskupan Agung Kota Kinabalu
Para perwakilan sempat melawat Bukit
Sosopon, suatu pusat ziarah di mana terdapat pintu Jubilee Tahun Belas Kasihan
Keuskupan Keningau. Para perwakilan juga
disambut dengan meriah oleh umat di Gereja Katolik St. Blasius, Magatang,
Keningau dan saling beramah mesra.
Mesyuarat Komisi Kateketik SeMalaysia
akan diadakan selanjutnya di Keuskupan Agung Kuala Lumpur pada 10-13 Oktober 2016.
MALAYSIAN CATECHETICAL COMMISSION
MEETS IN KENINGAU.
KENINGAU: The MCC, with Bishop Cornelius Piong as
Episcopal President, met in the Keningau Diocesan Retreat Centre in Tatal from
Jan 25 to Jan 28.
Discussion focussed on the ongoing
formation of catechists, integrating aspects of personality development, spirituality,
knowledge and skills. Every arch/diocese
will prepare a complete module of catechist formation to be presented and discussed
at the next meeting scheduled in October this year.
The Malaysian Catechetical Series, published
by the Catholic Bishops’ Conference of Malaysia and used in stages since 2005 was
discussed. Looking at the changes in the
world today brought about by modernization, catechists encounter much
difficulty with the present Series and face a challenging task to make their weekly
catechesis more attractive and effective.
The MCC will conduct a research study on the current situation
concerning the young generation of today to find a better way of catechizing
that is relevant and according to the needs of this generation. Fr. Alvin Ho, SJ from the archdiocese of Kuala
Lumpur will prepare material to facilitate this research to be carried out by
the Diocesan Catechetical Commission.
Topics deemed to relevant for young
people but not covered in the MCS may be delivered during camps, recollections
or faith formation sessions outside the Sunday School hours. Sr. Maria Chan FMM
shared about Good Shepherds Catechesis for pre-schoolers.
Materials used for RCIA in both BM
and English were also discussed at some length. The materials in BM that were
prepared by the Sabah Catechetical Commission Team of the Arch/dioceses in
Sabah under the guidance of Bishop Cornelisu Piong,
are ready to be put on a trial run this year before publication. Those
interested may contact Sr. Dariah, FSIC, Catechetical Commission of Kota
Kinabalu.
Catechetical week will be celebrated
on 18 September 2016 with the theme ‘Merciful as the Father is Merciful’ (Lk
6:36), chosen in line with the Year of Mercy.
Fr. Simon Yong SJ from the diocese of Melaka-Johor will prepare the
reflection on the theme.
Election of Office bearers of the MCC followed,
and before dispersing, members of the MCC visited Sosopon Hill, a place of pilgrimage
where there is a Holy Door of Mercy in the new Church. Members also visited the
Catholic community at St. Blasius Church, Magatang, Keningau,
The next MCC meeting will be hosted by
the Archdiocese of Kuala Lumpur from Oct 10-13, 2016.
No comments:
Post a Comment