MISA PEMBUKAAN KURSUS EVANGELISASI PERIBADI (KEP) ANGKATAN 5 SABAH SESI BAGI TAHUN 2025/ 2026

Tema Kursus Evangelisasi Peribadi Angkatan Ke 5, Keuskupan Agung Kota Kinabalu.


     Gereja CMI – Bukit Padang. Pada 08 Nov 2025, Satu perayaan yang bersejarah dan penuh makna telah berlangsung bagi perserta KEP 5 Sabah. Seramai 209 perserta dari pelbagai paroki di bawah Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah mengambil bahagian dalam acara ini. Lebih kurang 68 orang alumni turut hadir di gereja CMI bagi meraikan Misa Pembukaan KEP Angkatan 5 Sabah, yang disempurnakan oleh Uskup Agung John Wong.

     Sebelum Misa bermula, semua perserta berkumpul di dewan terbuka untuk sesi pembukaan yang dimulakan dengan nyanyian puji-pujian yang dipimpin oleh kluster Kiulu. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Sr. Marysia Angku, FSIC, selaku pengerusi KEP 5.

    Misa Pembukaan dimulakan pada jam 9.30 pagi, dan dalam homilinya, Uskup memaklumkan bahawa KEP ini adalah di bawah anjuran Komisi Kateketikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Uskup menyatakan rasa syukur and bangga atas kesediaan para perserta untuk mengikuti KEP. Ia menjelaskan bahawa KEP merupakan salah satu cara bagi umat Katolik memperdalamkan iman mereka. Setiap orang yang telah dibaptis mempunyai misi dan panggilan untuk mewartakan Injil Yesus Kristus kepada sesama. Kemudian Ia mengajukan soalan kepada semua; “siapakah Boss anda? Yesus atau Mormon?”- merujuk kepada pembacaan Injil pada hari itu. Maka Ia berharap agar melalui KEP ini, para perserta dapat membangunkan hubungan peribadi yang lebih mendalam dengan Yesus. Menjadikan Yesus sebagai “Boss” dalam kehidupan mereka, serta memupuk kesetiaan dan ketaatan kepada-Nya.

    Diakhir perayaan Ekaristi, Sr. Dariah Ajap, FSIC, selaku Ketua Komisi Katektikal Keuskupan Agung dan merangkap Penyelaras KEP Angkatan 5 Sabah mengungkapkan rasa Syukur kepada Tuhan atas Rahmat-Nya, dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Misa Pembukaan KEP, serta berterima kasih kepada Yang Mulia Uskup Agung yang meluangkan masa untuk menyempurnakan perayaan Ekaristi walaupun mempunyai jadual yang sangat padat. Ini membuktikan bahawa Uskup menyokong penuh dan yakin bahawa perlaksanaan KEP ini dapat membantu perserta menemui serta membangun hubungan yang peribadi dan intim dengan Yesus.  Selain itu, Sr juga memaklumkan bahawa perlaksanaan KEP 5 kali ini dilaksanakan secara fizikal/offline dan dilaksanakan bersama dengan ketiga-tiga keuskupan di Keningau dan Sandakan. Para peserta di Keuskupan Sandakan akan mengikuti sesi ini secara hybrid  dan berpusatkan di Pusat Katedral Sr. Mary Sandakan.  Keningau telah mengadakan Misa Pembukaan permulaannya KEP Angkatan 3 di Keningau pada 26 Oktober 2025, sementara bagi keuskupan Sandakan telah diadakan Misa Pembukaan permulaan KEP Angkatan 3 Sandakan pada 9 November 2025, di Keuskupan masing-masing.

     Dalam ucapannya, Uskup telah memberikan dorongan dan semangat kepada peserta agar tetap setia mengikuti KEP hingga akhir. Katanya, “pasti ada cabaran dan pengorbanan seperti masa dan wang, namun jika kamu terus setia dan komited , saya yakin sepanjang kursus ini, selama empat bulan, Tuhan yang komited akan bertemu dengan kamu secara peribadi.”

    Tema KEP 5 “Ini aku, utuslah aku” (Yes 6:8). Uskup menjelaskan bahawa tema ini merupakan satu ungkapan respon dan kesediaan perserta untuk menyahut penggilan Tuhan kepada mereka. Kata Uskup “segala pengorbanan dan pelaburan/investment kita kepada Tuhan tidak akan sia-sia; sebaliknya, kita akan menerima pulangan berkat daripada Tuhan yang berlipat ganda. Uskup mengakhiri ucapannya dengan ungkapan kepada perserta “Selamat memulakan KEP dengan penuh semangat dan sukacita.”

     Selepas gimik pelancaran, empat perserta termuda-berumur antara 19 – 24 tahun dari setiap kluster tampil mewakili klusters masing-masing untuk menerima buku Misi Evangelisasi, Evangelli Nuntiandi dan Redemptoris Missio, yang akan digunakan sepanjang kursus. Selesai misa kudus, semua perserta Kembali ke dewan terbuka untuk meneruskan acara. Iaitu pemotongan kek, jamuan tengah hari dan persembahan dari setiap kluster. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengah hari dengan lagu Mars Evangelisasi versi Borneo oleh kluster Papar, diikuti doa penutup.

 Sr. Marysia Angku, FSIC



Acara Perlancaran KEP Angkatan 5 Sabah untuk 2025/2026 , dirasmikan oleh Yang Mulia Uskup Agung John Wong

 
Dari Kiri Pengurusi KEP Angkatan 5 Sabah Sr. Marysia Angku, FSIC. Di tengah Yang Mulia Uskup Agung John Wong, disebelah kanannya Ketua Komisi Katekatikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu, serta dua orang Almuni KEP yang telah menjadi tenaga pengajar.

Bergambar bersama dengan peserta yang mewakili daripada setiap kluster untuk menerima buku pembelajaran yang akan digunakan sepanjang kursus ini berlangsung.

Gambar bersama semua perserta daripada empat kluster di Keuskupan Agung Kota Kinabalu





Comments

Popular posts from this blog

IMAN MENURUT AJARAN GEREJA KATOLIK

ISI KANDUNGAN SIRI KATEKETIK MALAYSIA

SIRI KATEKETIK MALAYSIA (SKM) - PENGENALAN