Mesyuarat Komisi Kateketikal Malaysia 2011(MCC)
Ahli-ahli MCC 2011, diketuai oleh Uskup Datuk Cornelius Piong dan dipengerusikan oleh Rev. Fr. Boniface Kimsin |
Bundu Tuhan: Komisi Kateketikal Malaysia telah mengadakan mesyuarat tahunannya pada 17 – 19hb Januari bertempat di Rumah Retret Bundu Tuhan, yang diketuai oleh Uskup Datuk Cornelius Piong selaku Presidennya dan dipengerusikan oleh Fr. Boniface Kimsin. Semua Keuskupan di seluruh Malaysia telah menghantar wakil masing-masing kecuali Keuskupan Miri. Wakil dari NCO (National Catechetical Office) dan Vikariat Brunei juga turut hadir. Fokus utama masyuarat kali ini adalah menilai kembali topik-topik pembelajaran iman Katolik dalam Buku Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) yang digunakan lebih daripada 20 tahun. Sidang telah memutuskan agar pembelajaran iman Katolik haruslah bersesuaian dengan keadaan semasa dan dalam konteks Malaysia serta berdasarkan pada Katekismus Gereja Katolik. Nama baru bagi buku IKD ialah “Perjalanan Iman Kita Dalam Yesus”. Mesyuarat khusus untuk tujuan ini bagi mereka yang terlibat akan diadakan di Pace Bene, Papar pada 20 – 22hb Jun 2011. Sidang juga memutuskan bahawa tema hari belia sedunia “Berakar dalam dan dibangun atas Kristus, bertambah teguh dalam iman”(Kol 2:7) menjadi tema Minggu Kateketikal tahun ini yang akan dirayakan pada 18hb September. Fr. Nicholas Stephen dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah diberi mandat untuk menyediakan renungan singkat tentang tema ini. Komisi Kateketikal Malaysia akan bermesyuarat di tahun hadapan di Keuskupan Penang pada 17 – 19hb Januari 2012.
Mesyuarat sedang berjalan... |
No comments:
Post a Comment