Monday, April 16, 2012

CCKK PROGRAM PEMANTAPAN IMAN PEMBIMBING 2012



Kepada Para Koordinator/Pengerusi                               
 Komiti Kateketikal Paroki,

Salam damai dalam Kristus.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada anda semua di atas kerjasama padu yang diberikan semasa Upacara Pemilihan yang telah diadakan di Katedral Sacred Heart baru-baru ini.  Perjalanan Upacara tersebut berjalan dengan baik.  Walau bagaimanapun, diharapkan agar Upacara sedemikian akan dapat dilakukan dengan lebih baik lagi di masa-masa akan datang dengan penyertaan dari  semua Paroki.

Dalam masa pra-paska ini, saya percaya ramai di antara kita yang sangat sibuk dengan berbagai    aktiviti terutama  mempersiapkan para calon baptis untuk menerima Sakramen Inisiasi.  Namun demikian, diharapkan agar kita sendiri turut diperbaharui dalam iman dan pelayanan supaya kita dapat melayani  dengan penuh cinta kasih Yesus.

Tuhan memberkati anda  dan selamat menjalani Pra-Paska ini dengan penuh penghayatan.

Melayani bersama  di dalam Iman, Harapan & Kasih

 Sdariah
Sr. M. Dariah Ajap, fsic
Koordinator Komisi Kateketikal                                        
Keuskupan Agung Kota Kinabalu 


Berita  &  Informasi                                                  

1.    PEMBENTUKAN IMAN 2012
 Seperti yang dibincangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat para Koordinator pada Disember yang lalu, tarikh dan tempat pembentukan akan diadakan mengikut pembahagian zon seperti berikut:

13-14 April         Tuaran, Telipok, Inanam, Menggatal
4-5 Mei             Labuan
15-16 Jun           Papar & Limbahau
28-30 Jun          SHC (BM), Kepayan, Dontozidon
6-8 Julai            SHC (English), CMI, Likas, Tanjung Aru 
                       (You are free to readjust the time/date/program)
13-14 Julai         Kota Marudu, Kota Belud, Kudat
20-21 Julai         Ranau & Bundu Tuhan
3-4 Ogos           Penampang & Terawi 

Sila buat persiapan bersama dengan Koordinator paroki berkenaan.  Sila berhubung dengan pihak Komisi tentang penyusunan program ini.


2.   MINGGU KATEKETIKAL– 16 September 2012
Tema Minggu Kateketikal pada tahun ini adalah  “Iman,  Berakar di Dalam Peribadi Kristus”
(Faith, Rooted in the Person of Christ)(Col. 2:7).                                    
Tema ini diambil memandangkan  realiti iman umat kita sekarang ini yang mudah goyah dan isu pengislaman yang sangat  mencabar kita.  Semoga aktiviti-aktiviti Minggu Kateketikal akan lebih terfokus kepada pembangunan iman seseorang.  Tahun ini juga adalah Tahun Iman (Pope Benedict ke –16).
Renungan Tema ini akan disediakan dan hanya boleh diperolehi  selepas Paska.

3.   RETRET TAHUNAN  2012
Retret pada tahun ini akan diadakan dan dianjurkan di peringkat zon masing-masing (sila rujuk pembahagian zon dalam Pembentukan Iman 2012).  Anda boleh meminta bantuan  daripada para Paderi Paroki/deacon/religious/ di paroki anda untuk membantu  dalam memberikan sesi-sesi berkenaan.  Tema Minggu Kateketikal boleh diambil sebagai bahan Retret.  Topik lain juga boleh diambil mengikut keperluan para pembimbing di tempat anda.  Anda boleh memilih tarikh retret mengikut kesesuaian  zon masing-masing.  Diharapkan agar penyertaan para pembimbing dari setiap paroki akan lebih menggalakkan.

Sdariah
Sr. M. Dariah Ajap, fsic
Koordinator Komisi Kateketikal                                        
Keuskupan Agung Kota Kinabalu 



No comments: