PESAN SEMPENA
MINGGU KATEKETIKAL MALAYSIA, 2013
BERSATU DALAM
KRISTUS, BERSAKSI BAGI DIA
Minggu
Kateketikal tahun 2013 akan disambut dan dirayakan pada 22 September ini. Tema
yang digunakan mencabar kita para
Katekis Pembimbing, dan para Katekumen pada amnya serta Komuniti Umat Kristian
pada keseluruhannya.
Menjadi
seorang pengikut Kristus tidaklah cukup dengan hanya mendaftar diri menjadi
seorang katekumen dan akhirnya dibaptis. Mengimani Kristus adalah bersifat
proses membangun relasi atau kesatuan yang akrab dengan peribadi Kristus (Yoh.
15:4-5).
Melalui
Sakramen Pembaptisan seseorang memilih secara tahu dan mahu, menerima Kristus
selaku Tuhannya. Akan tetapi kita juga perlu menyedari bahawa menerima dan
mengikuti Kristus menuntut kita menjadi saksi-saksi-Nya (Mat. 28:19). Namun hanya
apabila kesatuan dengan Kristus terjalin maka kita akan dapat bersaksi bagi Dia. “Tanpa Aku kamu tidak dapat berbuat
apa-apa” (Yoh. 15:5).
Agar
sentiasa dapat bersatu dan bersaksi bagi Kristus kita juga perlu taat menggunakan
kuasa Roh Kudus yang melengkapi kita dengan kuasa, kasih dan kekuatan untuk
mengawal diri” (2Tim. 1:6-7).
Pesan
Bonda Maria, “Lakukanlah apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu” (Yoh. 2:6),
perlu kita sedari dan taati agar kita sentiasa dapat bersaksi bagi Kristus.
Kita
berterima kasih kepada Fr. Mark Michael kerana telah menyediakan Renungan
sempena Minggu Kateketikal kali ini.
Selamat
Menyambut Minggu Kateketikal.
+Bishop Datuk
Cornelius Piong
President,
Malaysian Catechetical Commission