Wednesday, July 10, 2013

MINGGU KATEKETIKAL 2013

MINGGU KATEKETIKAL
TEMA: BERSATU DALAM KRISTUS, BERSAKSI BAGI DIA (Kol 2:6ff)
TARIKH 22 SEPTEMBER 2013
(REFLEKSI OLEH FR MARK MICHAEL, KEUSKUPAN PULAU PINANG)

            Tanda-tanda kesaksian kepada iman Kristiani adalah kelakuan dan tingkah laku, bukan sekadar idea. Ianya berhubung dengan para pengikut Yesus dalam disiplin-disiplin rohani yang memperdalamkan hubungan mereka dengan Allah, bertumbuh dengan keyakinan dalam janji-janji Juruselamat, dan membuka hidup mereka kepada kehadiran Roh Kudus yang mampu mengubah kehidupan mereka setiap hari. Bapa Suci Paulus VI menulis, “Manusia moden lebih bersedia mendengarkan para saksi berbanding kepada para guru, dan jika ia mendengarkan para guru, ianya kerana mereka juga adalah saksi”. Katekesis tidak sudah dipandang sebagai setakat mengajarkan formula iman, akan tetapi ianya berfokus kepada iman yang menjadi matang sebagai sokongan kepada kesaksian iman di dalam dunia

            Kita adalah katekis dalam komuniti dari pelbagai latar belakang, tradisi dan sejarah yang penuh pengharapan dan tekanan. Ini bermakna kita dipanggil untuk membantu mereka yang menerima katekesis merenung dan memilih cara untuk hidup; mewujudkan kesedaran dan kearifan di kalangan mereka terhadap perkara-perkara tidak berperikemanusiaan dan ketidakadilan; untuk memahami kebenaran, kebebasan, kesamaan, dan menghormati diri sendiri, orang lain dan bumi. Ini adalah norma-norma yang perlu ada dalam dunia, yang Allah percayakan kepada kita.

            Pendekatan pastoral tidak bermaksud menerima cara pemikiran dan kelakuan masa kini, akan tetapi menghendaki kita membawa sukacita dan terang kebenaran ke atas situasi-situasi masa kini dalam cara yang menyakinkan dan sensitif kepada persoalan manusia post-moden. Sebagai pelayan Sabda, katekesis merujuk kepada gabungan aktiviti-aktiviti yang mempromosi, meningkat dan mencabar kaum beriman terhadap kematangan iman.


5 cadangan bahagian yang memerlukan perhatian katekis adalah:-

1.      Pembentukan katekis yang tetap adalah sangat penting. 
2.      Pembentukan melibatkan kepala, hati dan tangan. (Integriti manusia & talenta-talenta mereka)
3.      Mewujudkan persahabatan di kalangan katekis dan mereka yang menerima katekesis
4.      Menemukan semula erti budaya kita dan kepentingan sejarah dalam iman
5.      Menghargai katekismus kita, yang memperdalamkan iman kita

            Seorang yang berpaling kepada agama Kristian bukan sahaja menukar pandangan dunia. Dia berjalan dalam pembelajaran (katekumenat), di mana dia menjadi manusia baru menerusi pertobatan khususnya melalui rahmat sakramen-sakramen, dalam peribadi Yesus Kristus.

Cadangan Untuk Minggu Katekatikal

1)      Misa Kudus dianimasikan oleh Ministri Katekatikal.
2)      Pembimbing katekatikal diberikan penghargaan atas komitmen dalam pelayanan Firman Tuhan.
3)      Pameran kolaj katekatikal oleh kanak-kanak di pintu masuk gereja.
4)      Menggalakkan pelajar katekisma untuk menulis atau melukis cerita mengenai iman.
5)      Mengadakan “fellowship” atau “outing” dengan kanak-kanak atau mengadakan permainan sukaneka.
6)      Menganjurkan khemah bagi kehidupan berkomuniti.
7)      Mengikut kreativiti Ministri Katekatikal Paroki masing-masing.





No comments: