Thursday, January 27, 2011

Malaysian Catechetical Commission Meeting

Mesyuarat Komisi Kateketikal Malaysia 2011(MCC)

Ahli-ahli MCC  2011, diketuai oleh Uskup Datuk Cornelius Piong
dan dipengerusikan oleh Rev. Fr. Boniface Kimsin

Bundu Tuhan: Komisi Kateketikal Malaysia telah mengadakan mesyuarat tahunannya pada 17 – 19hb Januari bertempat di Rumah Retret Bundu Tuhan, yang diketuai oleh Uskup Datuk Cornelius Piong selaku Presidennya dan dipengerusikan oleh Fr. Boniface Kimsin. Semua Keuskupan di seluruh Malaysia telah menghantar wakil masing-masing kecuali Keuskupan Miri. Wakil dari NCO (National Catechetical Office) dan Vikariat Brunei juga turut hadir. Fokus utama masyuarat kali ini adalah menilai kembali topik-topik pembelajaran iman Katolik dalam Buku  Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) yang digunakan lebih daripada 20 tahun. Sidang telah memutuskan agar pembelajaran iman Katolik haruslah bersesuaian dengan keadaan semasa dan dalam konteks Malaysia serta berdasarkan pada Katekismus Gereja Katolik. Nama baru bagi buku IKD ialah “Perjalanan Iman Kita Dalam Yesus”.  Mesyuarat khusus untuk tujuan ini bagi mereka yang terlibat akan diadakan di Pace Bene, Papar pada 20 – 22hb Jun 2011. Sidang juga memutuskan bahawa tema hari belia sedunia “Berakar dalam dan dibangun atas Kristus, bertambah teguh dalam iman”(Kol 2:7) menjadi tema Minggu Kateketikal tahun ini yang akan dirayakan pada 18hb September. Fr. Nicholas Stephen dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah diberi mandat untuk menyediakan renungan singkat tentang tema ini. Komisi Kateketikal Malaysia akan bermesyuarat di tahun hadapan di Keuskupan Penang pada 17 – 19hb Januari 2012.
Mesyuarat sedang berjalan...

Friday, October 15, 2010

RCIA WORKSHOP / BENGKEL IKD TATAL KENINGAU


BENGKEL INISIASI KRISTIAN DEWASA (IKD) DI TATAL KENINGAU SABAH


TATAL KENINGAU: Seramai 105 para pembimbing Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) yang mewakili setiap paroki dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan telah menyertai bengkel IKD di Rumah Retret Keuskupan Keningu Tatal pada 8 dan 9 Oktober 2010 yang lalu. Rev. Fr. Boniface Kimsin selaku Pengerusi Komisi Kateketikal Malaysia telah menerangkan bahawa tujuan mengadakan bengkel IKD ini bukanlah membuat buku IKD yang baru tetapi adalah untuk membuat revisi buku IKD yang sedia ada iaitu kebaikan, kelemahan serta cadangan-cadangan dari segi topik, bahan dan tempoh/masa pertemuan, dll. Bengkel IKD telah dimulakan dengan perayaan Ekaristi dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong bersama Fr. Boniface Kimsin, Fr. Bonaventure Unting dan Fr. Ambrose Atang pada petang 8 Oktober.
Sebagai memulakan Bengkel IKD, Fr. Boniface Kimsin telah menerangkan secara ringkas latarbelakang proses perjalanan IKD yang telah dimulakan oleh mendiang Fr. Tobias Chi pada tahun 1983, seterusnya diperkenalkan penggunaannya pada tahun 1988 di Sabah. Para pembimbing menggunakan buku rujukan “Perjalanan Kita Bersama” (LUMKO) yang berasal dari Afrika. Beliau juga telah menyampaikan ceramahnya tentang “Penginjilan Baru”, di mana ia memberi inspirasi dan idea baru dalam membuat revisi buku rujukan IKD agar ia dapat disesuaikan dengan keperluan dan keadaan umat dan Gereja tempatan.

Dalam ucapan akhir Uskup Cornelius Piong selaku Presiden Komisi Kateketikal seMalaysia merakamkan ucapan terima kasihnya kepada para peserta di atas penyertaan penuh sepanjang bengkel IKD ini berjalan. Beliau juga mengingatkan mereka agar sentiasa membuat persiapan yang baik dalam sesi IKD serta melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan cara pembelajaran yang baik dalam meneruskan misi penginjilan ini.

Hasil daripada bengkel ini akan digunakan sebagai bahan perbincangan dalam mesyuarat Tim Kateketikal Sabah (TKS) pada 30 November 2010 di Pusat Pastoral, Keuskupan Agung Kota Kinabalu yang diketuai oleh Uskup Cornelius Piong dan ke mesyuarat Komisi Kateketikal seMalaysia pada 17 – 20 Januari 2011 bertempat di Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Pertemuan para pembimbing IKD dari ketiga-tiga Keuskupan ini amatlah menggalakkan dan diharapkan agar pertemuan seperti ini akan diadakan di masa hadapan sebagai satu anggota dalam Kristus dengan satu misi dalam membina kerajaan Tuhan di dunia ini.

catecomkk@gmail.com


Unity in Pastoral Efforts urged in Initial Review of the RCIA Syllabus implemented in Sabah Dioceses
(Tatal, Keningau) About 105 parish representatives who are involved in RCIA from parishes of Kota Kinabalu archdiocese, Keningau diocese and Sandakan diocese gathered for the first time to review on the topics RCIA sessions at Keningau Retreat Complex of Tuarid Taud, Tatal to on 8th to 9th October .

As pointed out by Fr. Boniface Kimsin ,Chairman of Malaysian Catechetical Commission, in his input on 9th Oct, the reason for this review was that RCIA process initiated by Rev.Fr Chi in 1983 and its syllabus based on LUMKO, introduced in 1988, the concern book adapted to local church was later published in three languages in 1998, has never been reviewed since then. (the time has come for it to be adapted to the current pastoral situation in local context i.e Malaysian context). 
catecomkk@gmail


The much needed adaptation is also in response to the need of New Evangelization in reaching out to people who have not known Christ yet, Catholics who have lapsed in their faith and Christians who are not mature in their faith. There are two ways of witnessing the Catholic faith to the above categories of people: a) the witness becomes the’ living Gospel’ to people who interpret bible according to the language of Life and b) to share one’s experience about the graces of God. Evangelization is a divine call for continuous conversion in which the believers of the whole Church are commissioned to live the teachings of God and the life of the Community. He stressed the importance of participative approach in evangelization. In shorts, the RCIA process needs to be reviewed for its effectiveness in developing the Christian attitude of the believer.


The event begun with an opening Mass in the evening of first day, presided by Bp Cornelius Piong , concelebrated by Fr Boniface Kimsin, Fr Ambrose Atang and Fr Bonaventure Unting at the open chapel of the compound area.


During the homily of Bishop Cornelius Piong , the Episcopal President of Catechetical Commission of Malaysia, Singapore and Brunei, shared his experience of being challenged whether the Dioceses of Sabah came together to make decision on matters of evangelization. He acknowledged efforts need to be made for better communication among the three dioceses on pastoral issues as it was the prayer of Jesus before His Ascension to see unity in the Church as witness for Christ to do the will of the Father.
After the Mass, Bp Cornelius in his opening speech urged that the catechists to continue living a life of holiness and unity shown by their active preparation before the gathering and their participation in the RCIA workshop.
During the workshop, participants were divided into 9 groups of mixed dioceses to discuss on the present syllabus of its goodness, inadequacy and suggestions of improvement in the aspects of topics, materials and duration.


The result of discussion will be used as study materials for the coming Sabah Catechetical Team Meeting on 30th November in CDC, K.K headed by Bishop Cornelius and to the Malaysian Catechetical Commission meeting on January next year.


It was a very encouraging workshop and the needs to come together as one body of Christ with one mission to build the kingdom of God here on earth was really felt. Thus more similar workshop is expected in the future.
catecomkk@gmail




Thursday, September 2, 2010

Retret Tahunan Kateketikal 2010/ Catechetical Annual Retreat

BUNDU TUHAN: “IBUBAPA SEBAGAI KATEKIS UTAMA”, demikianlah tema retret tahunan Komisi Kateketikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu bersama AJK Tertinggi Komiti kateketikal Paroki yang telah diadakan pada 30 Julai sehingga 1 Ogos 2010 yang lalu, bertempat di Pusat Retret, Bundu Tuhan. Disamping retret tahunan, Komisi telah mencipta sejarah dengan pelancaran blog Komisi (http:// catecheticalkkarchdiocese.blogspot.com) dan majalah Komisi Vivit Dominus. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Rev. Fr. Boniface Kimsin selaku Pengerusi Komisi Kateketikal Malaysia dan pembimbing retret Kateketikal pada tahun ini.

Ibubapa sebagai katekis utama yang mana merupakan tema bagi Minggu Kateketikal di seluruh Malaysia pada tahun ini telah dipilih sebagai persiapan para katekis (para pembimbing Minggu Gembira/IKD) untuk sambutan Minggu kateketikal pada 19 September 2010. Seramai 200 warga katekis diseluruh keuskupan telah menyertai retret ini. Ramai peserta yang menyertai retret ini merupakan muka-muka baru dalam pelayanan kateketikal. Kehadiran mereka pada kali ini telah memberi kegembiraan kepada Komisi kerana ia merupakan petanda positif bahawa umat semakin membuka hati untuk menyahut panggilan Tuhan dalam pelayanan sebagai seorang katekis.

Pada hari pertama retret, Rev. Fr. Boniface telah membawa para katekis kembali kepada teologi Misi dan Penginjilan. Antara lain yang ditakankan oleh beliau dalam pembukaan sesi adalah: Misi merupakan pekerjaan Allah sendiri. Dialah yang mengambil inisiatif yang pertama dalam misi dengan memilih dan memanggil para utusan-Nya. Melalui perlantikan oleh Paderi setempat, para katekis secara langsung dipanggil dan diutus oleh allah untuk mewartakan Misi-Nya. Apakah Misi Allah yang dimaskudkan? Rev. Fr. Boniface menyatakan dengan jelas bahawa seluruh Perjanjian baru adalan pernyataan tentang pewartaan keselamatan yang dilaksanakan oleh Yesus Kristus melalui perkataan dan perbuatan-Nya. Misi penyelamatan Yesus Kristus disempurnakan oleh-Nya sendiri melalui kematian dan kebangkitan-Nya. Inilah yang harus diwartakan oleh para murid-Nya sampai Dia datang kembali pada akhir zaman. Pada hari kedua, Rev. Fr. Boniface telah menyampaikan sesinya: Ibubapa sebagai katekis utama; Iman menurut Ajaran Gereja Katolik; Keutamaan dalam katekesis dan cabaran-cabaran dalam katekesis. Diakhir retret tersebut, Rev. Fr. Boniface telah memberi tips-tips tentang sikap yang seharusnya ada pada seorang Katekis untuk memantapkan pelayanan dalam kateketikal. Taat berdoa, mencintai iman, persiapan awal, interaksi yang baik, jenaka, mempunyai minat untuk terus belajar dan mempunyai sikap menghormati. Itulah sikap-sikap yang seharusnya tertanam dalam jiwa sebagai seorang katekis.

Sr. Dariah Ajap, fsic selaku Koordinator Komisi Kateketikal Keuskupan Agung K. Kinabalu dalam ucapan penutupnya, menyeru agar setiap katekis yang telah menyertai retret ini dapat mengongsikan pengalaman dan pengetahuan yang mereka perolehi kepada para ibubapadi paroki masing-masing agar mereka menyedari bahawa merekalah katekis utama dalam keluarga.


Thursday, August 12, 2010

RENUNGAN...

SEBUAH KISAH KASIH
Suatu hari, aku bangun di hari yang baru untuk menyaksikan sang suria terbit.  Dan keindahan karya ciptaan Tuhan sungguh tak terlukiskan.  Sementara aku mengaguminya, aku memuliakan Tuhan oleh kerana karya-Nya yang mempersona.  Sementara aku duduk di sana, aku merasakan kehadiran Allah dalam diriku.

Ia bertanya kepadaku. 
 "Apakah engkau mengasihi Aku?"  Aku menjawab, "Tentu saja Tuhan!  Engkaulah Allah dan Juruselamat-ku!"

Kemudian Ia bertanya, "Seandainya engkau cacat jasmani, apakah engkau akan tetap mengasihi Aku?"

Aku terpana.  Aku memandangi tanganku, kakiku dan seluruh bagian tubuhku yang lain sambil memikirkan betapa banyak pekerjaan yang tidak akan dapat aku lakukan, pekerjaan-pekerjaan yang selama ini aku anggap biasa.  Dan aku menjawab, "Akan sangat berat Tuhan, tetapi aku akan tetap mengasihi Engkau."

Kemudian Tuhan berkata,
"Seandainya engkau buta, apakah engkau akan tetap mengagumi ciptaan-Ku?"  Bagaimana aku dapat mengagumi sesuatu  tanpa dapat melihatnya?  Kemudian fikiranku melayang kepada orang-orang buta di muka bumi ini dan betapa banyak di antara mereka yang mengasihi Tuhan dan mengagumi ciptaan-Nya.  Jadi aku menjawab, "Sulit dibayangkan Tuhan, tetapi aku akan tetap mengasihi Engkau."

Kemudian Tuhan bertanya kepadaku,
"Seandainya engkau tuli, apakah engkau akan tetap mendengarkan firman-Ku?"
Bagaimana aku dapat mendengar jika aku tuli?
Aku tersedar, mendengarkan firman Tuhan tidak hanya dengan telinga, tetapi dengan hati.  Maka aku menjawab, "Akan sangat berat, Tuhan, tetapi aku akan tetap mendengarkan firman-Mu."

Kemudian Tuhan bertanya,
"Seandainya engkau bisu, apakah engkau akan tetap memuliakan Nama-Ku?"
Bagaimana aku dapat memuji tanpa bersuara?  Lalu menjadi jelas bagiku: Tuhan menghendaki kita menyanyi dari kedalaman hati dan jiwa kita.  Tidak jadi soal apakah suara kita terdengar sumbang.  Dan memuliakan Tuhan tidak selalu dengan nyanyian tetapi dengan berbuat baik kita menyampaikan pujian kepada Tuhan dengan ucapan syukur.  Jadi aku menjawab, "Meskipun aku tidak dapat melantunkan nyanyian pujian, aku akan tetap memuliakan Nama-Mu."

Dan Tuhan bertanya, "Apakah engkau  sungguh mengasihi Aku?"
Dengan tegas dan penuh keyakinan, aku menjawab lantang, "Ya Tuhan! Aku mengasihi Engkau kerana Engkaulah satu-satunya Allah yang Benar."

Monday, August 9, 2010

7 SIKAP YANG AMAT PENTING  UNTUK MEMANTAPKAN PELAYANAN DALAM KATEKETIKAL

Apakah Objektif Pelayanan Kateketikal?

Objektif utama pelayanan kateketikal bukanlah hanya mempersiapkan orang untuk menerima sakramen inisiasi.

Tetapi yang sangat penting adalah membawa perubahan dalam hidup seseorang yang dibimbing di mana dia menjadi seorang Kristian yang beriman dan mengusahakan hidup yang berdasarkan pada Injil Kristus dan ajaran-ajaran Gereja.

1. Taat Berdoa
Langkah pertama dan utama dalam segala bentuk pelayanan yang efektif adalah berdoa. Jika kita melupakan doa dalam hidup maka Tuhan pun dilupakan. Bagaimanakah kita dapat melayani Tuhan jika Dia tidak kita utamakan dalam hidup.
Para katekis pembimbing mestilah menjadi orang taat berdoa setiap hari. Doa menyatukan kita dengan Tuhan dan ini akan merapatkan hubungan dengannya.
“Sebab diluar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa” (Yoh 15:5).
Hanya dengan adanya hubungan intim dengan Tuhan barulah usaha kita itu berkesan dan berhasil baik.
Doa merupakan dasar utama untuk membangun hubungan intim dengan Tuhan.

2. Mencintai Iman
Para katekis pembimbing mestilah mencintai iman Kristian dan bukan hanya mengetahuinya saja.
Memberi katekesis itu bukanlah hanya memberi pengetahuan tentang iman tetapi ia merupakan perkongsian dan kesaksian iman kita akan cinta kasih kita kepada Allah dan pengalaman peribadi akan cinta kasih Allah kepada kita.
Maka para katekis pembimbing mestilah mencintai Gereja, taat setia kepada ajaran-ajaran Gereja dan Injil Kristus adalah amat penting. Jika kehidupan seseorang katekis atau pembimbing itu tidak sehaluan dengan ajaran-ajaran Injil dan Gereja, ini bererti hidupnya berlawanan dengan iman Katolik.
Tuhan Yesus berkata: “Dapatkah orang buta menuntun orang buta? Bukankah keduanya akan jatuh ke dalam lobang?” (Lk 9:39). Dalam kata lain, dalam pembimbingannya tidak tidak ada kesaksian yang sebenar

3. Persiapan Awal
Jika kita membuat persiapan awal dan rapi dengan apa yang kita ingin ajarkan kepada mereka yang kita bimbing, tentu sekali ini sangat membantu dalam perkongsian kita.
Jika seseorang katekis pembimbing mahu menyampaikan suatu tema supaya dimengerti oleh para pendengar, dia mestilah memahami tema itu dengan baik dan tahu bagaimana cara untuk menyampaikannya dengan mudah dimengerti dan berkesan.

4. Interaksi yang Baik
Manusia mendapat pembentukan keperibadiannya melalui interaksi yang baik dengan sesama manusia.
Hubungan manusia yang baik adalah sangat penting dalam hidup kita sebab ia membantu kita untuk saling memahami, menghormati dan mengasihi satu sama lain.
Masalah besar dan penghalang utama untuk membangun hubungan manusia yang baik adalah sikap tertutup di mana tidak ada interaksi yang baik di dalam komuniti.
Jika tidak ada hubungan baik di antara para katekis pembimbing dengan paderi paroki terutama sekali dan MPP serta komiti dan kerasulan yang lain masalah besar akan timbul.
Interaksi yang baik juga harus terjalin di antara para katekis pembimbing dengan para katekumen atau mereka yang dibimbing.

5. Jenaka
Jadikanlah setiap pertemuan dan pembelajaran yang anda laksanakan itu suatu suasana yang menggembira dan menyenangkan hati supaya para katekumen atau kanak-kanak yang dibimbing bersemangat untuk mendengar.
Janganlah terlalu serius sangat dalam menyampaikan suatu pengajaran tetapi selitkan cerita yang mentertawakan tetapi ada pesanan dalamnya.
Dengan adanya sedikit jenaka dari para katekis pembimbing, pertemuan itu menjadi hidup dan membahagiakan.

6. Mempunyai Minat untuk Terus Belajar
Seorang guru mempelajari banyak daripada mereka yang dia ajar.
Seorang guru tidak dapat mengajarkan apa yang dia sendiri tidak tahu.
Dia harus belajar terlebih dahulu tentang subjek yang dia ingin ajarkan kepada murid-muridnya.
Para katekis pembimbing merupakan guru agama maka mereka haruslah memiliki pengetahuan agama yang mendalam.
Oleh itu sangat penting ada usaha peribadi untuk memperdalam dan memperluaskan pengetahuan agama dengan membaca buku-buku, artikel dan majalah rohani serta mengikuti kursus atau seminar tertentu.
Jika anda kurang mengerti mengenai beberapa ajaran Gereja, bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam ajaran-ajaran Gereja.

7. Menghormati
Sikap menghormati merupakan nilai Kristian yang penting dan harus diamalkan oleh setiap umat Kristian.
Jika kita ingin dihormati oleh orang lain kita haruslah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada tua atau muda dan juga kanak-kanak.
Jika kita menghormati pendapat atau pandangan orang lain mereka akan lebih terbuka berbincang dengan kita.
Para katekis pembimbing haruslah mempunyai sikap rendah hati, bersikap jujur dan terus terang.
Jika anda ditanya dengan suatu soalan yang anda tidak tahu menjawabnya, katakan dengan terus terang bahawa anda sendiri tidak tahu dan katakan bahawa anda akan bertanya kepada orang yang lebih arif supaya persoalan itu dapat dijawab nanti. Berterima kasihlah kepadanya kerana dengan soalannya itu anda dapat mengetahui sesuatu yang baru.
CABARAN DALAM KATEKESIS


1. Pewartaan Injil
2. Pembentukan Iman
3. Iman dan Pertaubat
4. Pembentukan dan pendalam Iman Para Katekis

1. Pewartaan Injil
“Pergilah keseluruh dunia, beritahkanlah Injil kepada segala makhluk” (Mk 16:15).
 Tuhan Yesus sebelum dia naik ke syurga memberi perintah kepada para muridnya untuk pergi memberitahkan atau mewartakan Injil.
 Penginjil
 Yesus Kristus adalah penginjil yang pertama dan yang agung.
 Dia telah mewartakan kerajaan Allah dan pewartaannya ini didifinasikan sebagai Injil atau Khabar Baik.
 Untuk Injil inilah Yesus mengorbankan seluruh hidupnya di dunia supaya orang yang percaya dapat mengambil bahagian dalam sukacita kerajaan Allah.
 Perintah Yesus
“pergilah...beritahkanlah Injil”
Ia merupakan panggilan dan pengutusan untuk setiap umat Kristian untuk turut serta dalam perwataannya atau misinya menghadirkan kerajaan Allah.
 Perwartaan Injil
Pewartaan Injil itu adalah ditujukan kepada mereka yang belum mendengar tentang Khabar Baik yang diperkenalkan oleh Kristus kepada dunia.
Perwartaan Injil merupakan elemen atau unsur utama dalam penginjilan.
 Injil itu adalah kata-kata (pengajarannya) dan perbuatan Yesus Kristus dalam menghadirkan Kerajaan Allah dan menyatakan kebenaran mengenai Allah dan keselamatan kepada dunia.
 Tuhan Yesus telah mengutus para muridnya untuk pergi mewartakan Injil kerajaan Allah ke seluruh dunia melalui perkataan dan perbuatan mereka.
 Maka mereka yang terlibat dalam penginjilan dituntut supaya senantiasa disegarkan oleh sabda Allah agar mereka dapat memantapkan iman Kristian mereka.
 Sebab firman Allah dalam Alkitab itu merupakan dasar utama iman kita sebagai umat Kristian.
 Keutamaan Sabda Tuhan
“Dengarlah, hai orang Israel: Tuhan itu Allah kita, Tuhan itu esa! Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu. Apa yang Ku perintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engakau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun” (Ul 6:4-7).
Teks ini memberi penekanan tentang pentingnya firman Tuhan itu dalam hidup orang-orang beriman.
 Dapat kita simpulkan bahawa katekesis atau pengajaran yang tidak pusat dan berpadukan pada firman Allah bukanlah merupakan katekesis Kristian yang sebenar.
 Menyampaikan katekesis itu merupakan penginjilan dan pewartaan firman Allah kepada mereka yang ingin menjadi Kristian.
 Ia bukanlah semata-mata membimbing dan mengajar orang bagaimana menjdi seorang Kristian.

2. Pembentukan Iman
“Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Ku perintahkan kepadamu” (Mt 28:19-20a).
Katekesis pada dasarnya bukanlah semata-mata informasi tentang iman Kristian sahaja tetapi ia lebih merupakan pembentukan iman dalam hidup setiap peribadi yang ingin menjadi Kristian.

KATEKESIS
 Katekesis itu sepatutnya mengarah kepada pertaubatan dan pembaharuan dalam hidup para katekumen. Tuhan Yesus telah memberi perintah kepada para muridnya “jadikanlah semua bangsa muridku, ajarlah mereka melakukan yang ku perintahkan.”
 Perkataan jadikanlah muridku dan melakukan perintahku itu haruslah diberi penekanan dalam penyampaian katekesis.
 Sebab seorang Kristian itu dipanggil untuk menjadi murid Yesus Kristus dan tuntutan sebagai murid adalah setia melakukan kehendak Tuhan.
MENJADI MURID YESUS
 Ini haruslah menjadi salah satu dasar utama dalam iman dan kehidupan umat kristian dan ia perlu dibentuk dan dipupuk dalam hidup setiap peribadi yang ingin menjadi Kristian.
 Tuhan memberi penekanan tentang pentingya mereka menjadi muridnya terlebih dahulu dan barulah mereka boleh dibaptis.
 Kewajipan Utama Para Katekis Pembimbing
 Kewajipan utama para pembimbing atau katekis sebagai penyampai ketekesis adalah membimbing para katekumen menjadi murid Yesus Kristus yang sebenar dan membantu mereka menjadi orang-orang Kristian yang setia melakukan kehendak Tuhan dalam hidup mereka. Bukan sekadar menjadi Kristian saja.
 Apa yang dikehendak oleh Tuhan bukannya kuantiti orang yang menjadi pengikutnya tetapi kualiti iman mereka sebagai murid-muridnya.

3. Iman dan Pertaubatan
“Bertaubatlah dan percayahlah kepada Injil” (Mk 1:15b).

 Jika katekesis yang kita sampaikan itu mempunyai unsur pembentukan iman dalam setiap peribadi katekumen, calon krisma dan komuni pertama tentu sekali ia akan membawa perubahan besar dalam hidup mereka.
 Sebab iman dan pertaubatan itu tidak dapat dipisahkan. Iman itu merupakan pertaubatan dan menjadikan Kristus pusat kehidupan seorang Kristian.
 Pembentukan Iman yang Berterusan
 Iman itu adalah pertemuan secara peribadi dengan Kristus dan menjadi muridnya.
 Iman tanpa pertaubatan tidak akan bertahan lama. Kita harus faham bahawa pertaubatan merupakan suatu proses yang berterusan sampai ke akhir hayat hidup kita.
 Sebab itulah pembentukan iman Kristian itu haruslah berterusan dan tidak berkesudahan pada tahap-tahap tertentu saja.
 Semuanya ini hanya dapat dilaksanakan melalui karya Roh Kudus.
Iman itu merupakan penyerahan diri secara total kepada Allah.
Dalam Konsili Vatikan II dinyatakan; “Dengan iman manusia secara bebas menyerahkan diri seutuhnya kepada Allah, dengan mempersembahkan secara total intelek serta kehendaknya kepada Allah yang mewahyukan dan secara sukarela menerima wahyu yang dia berikan. Supaya orang dapat beriman seperti itu, diperlukan rahmat Allah yang mendahului serta menolong; dia haruslah mendapat bantuan batin Roh Kudus yang mengerakkan hati dan mentaubatkan-nya kepada Allah” (DV, Wahyu Ilahi no.5).
Iman dan pertaubatan haruslah datang dari hati atau batin seseorang dan bukannya dari kepala. Sebab keperibadian seseorang terletak pada batinnya.
Jika batin seseorang itu benar-benar berubah kerana menerima iman yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya maka seluruh hidupnya akan berubah dan dia mudah dipimpin oleh Roh Kudus untuk melakukan kehendak Allah.
Kualiti iman seperti inilah yang kita ingini sebagai seorang Kristian.
Iman seperti ini dapat kita teladani dari Bonda Maria sebab itulah Gereja sangat menghormati imannya itu.

4. Pembentukan dan Pendalaman Iman Para Katekis
Konsili Vatikan Kedua dalam Ad Gentes (Dekrit tentang kegiatan missionari Gereja) menyatakan;

“Pada zaman kita ini hanya sedikit sahaja jumlah para paderi untuk menginjil orang yang begitu ramai sekali dan untuk melaksanankan pelayanan pastoral. Maka tugas para katekis adalah sangat penting. Oleh sebab itu pendidikan mereka haruslah bersesuaian dengan kemajuan kebudayaan supaya mereka menjadi rakan sekerja para paderi dan mampu menunaikan tugas mereka dengan sebaik mungkin, tugas-tugas yang baru dan yang lebih berat” (AG 17).
Konsili Vatikan Kedua menekankan betapa pentingnya pembentukan dan pendalaman iman para katekis atau pembimbing di masa sekarang.
Para katekis haruslah mempunyai pengatahuan asas tentang tiga perkara yang sangat penting dalam hidup Gereja:

1. Pengetahuan asas tentang Alkitab

2. Pemahaman tentang ajaran-ajaran dasar Gereja

3. Pengetahuan mendalam tentang liturgi
KEUTAMAAN DALAM KATEKESIS


1. MEMBANGUN HUBUNGAN INTIM DENGAN KRISTUS


2. BERIMAN PADA ALLAH TRITUNGGAL MAHAKUDUS: BAPA, PUTERA DAN ROH KUDUS.


3. MERAYAKAN, MENGHARGAI LITURGI – EKARISTI


4. HIDUP BERKOMUNITI DAN MISI

1. Membangun Hubungan intim dengan Kristus

• “Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu...sesiapa yang tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa...Jikalau kamu tinggal di dalam Aku dan firman-Ku tinggal di dalam kamu, mintalah apa saja yang kamu kehendaki dan kamu akan mendapatnya” (Yoh 15:4-5, 7).
• Hubungan Intim dengan Tuhan
• Tujuan akhir katekesis itu bukan hanya membawa orang mengenali Yesus Kristus tetapi juga membangun kesatuan dan hubungan intim dengannya.
• Katekesis merupakan proses pembimbingan melalui pewartaan Injil untuk mentaubatkan orang supaya mereka mengenali Kristus dengan lebih dekat dan secara peribadi serta mempunyai hubungan intim dengannya sepanjang hidup mereka.
• Tanpa adanya hubungan intim dengan Kristus hidup Kristian itu tidak ada ertinya, sebab Tuhan Yesus berkata “di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa...sesiapa tidak tinggal di dalam Aku, ia dibuang keluar seperti ranting dan menjadi kering” (Yoh 15:5-6).
• Dibimbing untuk Membangun Hubungan Intim dengan Tuhan
• Para katekumen, kanak-kanak calon penyambutan pertama, dan calon sakramen krisma haruslah dibimbing langkah demi langkah untuk mendekati Tuhan dan bagaimana mereka dapat membangun hubungan yang intim dengan Yesus Kristus secara konsisten di dalam perjalanan iman mereka setiap hari.
• Dibimbing Untuk Lebih Dekat Dengan Tuhan
• Kanak-kanak, para katekumen, calon sakramen krisma dan penyambutan pertama perlu diberi tunjuk ajar apa itu doa, mengapa perlu berdoa dan dibimbing bagaimana berdoa dengan baik.
• Tahu berdoa itu tidak cukup mereka haruslah dibimbing bagaimana untuk taat berdoa dan menghayati sabda Allah setiap hari.
• Kesaksian Dalam Hidup
• Sebagai para katekis pembimbing kita semua dituntut untuk taat berdoa dan menghayati sabda Allah setiap hari.
• Hubungan intim kita dengan Tuhan itu haruslah nyata sebagai kesaksian kepada para katekumen dan mereka yang kita bimbing.

2. Beriman pada ALLAH TRITUNGGAL MAHAKUDUS

“Jadilah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus” (Mt 28:19).
• Katekesis itu sebenarnya berasal dari pengakuan iman dan membawa kepada pengakuan iman.
• Dasar pengakuan iman Kristian yang termaktub dalam sakramen pembaptisan iaitu Allah Tritunggal.
• Gereja membaptis angota-angotanya dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus – dalam nama Allah Tritunggal kepada siapa orang Kristian menyerahkan seluruh hidup mereka.
• Beriman Pada Allah Tritunggal
• Beriman dan komited kepada satu-satunya Allah yang bersifat Tritunggal ini merupakan salah satu dasar utama dalam katekesis Kirstian.
• Pengakuan iman akan satu Allah itu menuntut kita mentaati-Nya sahaja dan tidak ada allah-allah yang lain lagi bagi kita.
• Dalam pengakuan iman kita nyatakan bahawa kita “percaya kepada Allah Bapa, Yesus Kristus Puter-Nya dan Roh Kudus.”
• Katekesis bertujuan untuk membantu para katekumen terutama sekali, mengakui misteri Allah Tritunggal dan membawa mereka mentaati-Nya sahaja.
• Pengakuan Iman
• Mengakui bahawa hanya ada satu Allah, orang Kristian menolak penyembahan terhadap kuasa-kuasa lain selain daripada Allah atau penyembahan berhala.
• Perkara ini perlulah diberi penekanan dalam penyampaian katekesis kepada para katekumen. Supaya apabila mereka sudah dibaptis nanti mereka tidak lagi mengamalkan cara hidup lama yang masih dikuasai oleh kepercayaan lama dan ketakutan serta melayani kuasa-kuasa lain.
• Sebagai orang Kristian kita telah dibebaskan oleh Kristus supaya kita dapat hidup menurut bimbingan Roh Kudus (ruj. Gal 5:16-26).
• Sebab itulah mereka harus dibimbing untuk membangun hubungan intim dengan Allah dalam kesatuan dengan Yesus Kristus dan melalui bantuan Roh Kudus.

3. Merayakan, Menghargai dan Menghayati Liturgi – Ekaristi
• Liturgi merupakan pusat kehidupan dan segala aktiviti Gereja sejagat serta Gereja tempatan.
• Ia adalah kewajipan harian umat Allah untuk mengungkapkan kesatuan dan hubungan intim dan cinta kasih dengan Allah.
• Maka ia haruslah menjadi salah satu dasar utama dalam katekesis Kristian.

EKARISTI SUMBER KEHIDUPAN KITA
Jika kepentingan liturgi terutama sekali Ekaristi tidak ditekankan dalam katekesis akibatnya adalah sesudah pembaptisan, menerima komuni pertama dan krisma mereka tidak akan datang lagi ke Gereja pada setiap hari Minggu dan pada perayaan-perayaan liturgi yang lain. Kadang- kadang saja datang.

Bagi kita umat Katolik merayakan Ekaristi itu bukan sahaja kewajipan tetapi ia adalah kehidupan dan cara hidup kita.

Konstitusi tentang Liturgi Suci, no. 10).
• Liturgi itu adalah puncak yang dituju oleh kegiatan Gereja, dan serta-merta sumber segala daya-kekuatannya.
• Semua orang melalui iman dan pembaptisan menjadi putera-puteri Allah, berhimpun menjadi satu, meluhurkan Allah di tengah Gereja, ikut serta dalam Korban, dan menyantap perjamuan Tuhan.
• Liturgi itu sendiri mendorong umat beriman, supaya sesudah dipuaskan dengan sakramen-sakramen Paska menjadi satu dalam kekudusan, dalam doa Ekaristi itu adalah supaya mereka mengamalkan dalam hidup sehari-hari apa yang mereka peroleh dalam iman.
• Pembaharuan dalam Ekaristi iaitu perjanjian Tuhan dengan manusia adalah daya penarik umat dan mengobarkan umat beriman dalam cinta kasih Kristus yang membara.
• Dari Liturgi, terutama sekali dari Ekaristi, rahmat Allah dicurahkan kepada kita, sebagai sumber pengudusan manusia dan pemuliaan Allah dalam Kristus, di mana semua karya Gereja yang lain diarah pada tujuan akhirnya dapat dicapai secara efektif
“supaya hasil baik dapat diperolehi sepenuhnya, umat beriman perlulah datang menghadiri liturgi suci dengan sikap-sikap yang bersesuaian (dengan perayaan). Hendaklah mereka menyesuaikan hati dan fikiran dengan apa yang mereka ucapkan, serta bekerja sama dengan rahmat syurgawi, supaya jangan sia-sia menerimanya (ruj. 2 Kor 6:1)” (SC 11).

“Gereja sangat menginginkan supaya semua orang beriman dibimbing ke arah keikut sertaan yang sepenuhnya, sedar dan aktif dalam perayaan-perayaan liturgi. Keikut sertaan seperti itu dituntut oleh hakikat liturgi sendiri dan bedasarkan pembaptisan merupakan hak serta kewajipan umat Kristian “sebagai bangsa terpilih, imamat rajawi, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri” (I Ptr 2:9)” (SC 14).

4. Hidup Berkomuniti dan Misi

Setiap orang Kristian dibaptis di dalam komuniti dan melalui komuniti Kristian itu imannya akan berkembang. Maka oleh itu para katekuman haruslah didedahkan pada hidup berkomuniti. Perlu ditegaskan keapda mereka bahawa mereka harus turut serta dalam komuniti Kristian di mana mereka tinggal. Sebab hidup berkomuniti itu adalah sifat hidup Tritunggal Maha Kudus. Allah sendiri adalah komuniti Allah Bapa, Putera dan Roh Kudus.

Dalam cara kehidupan sedemikian hidup umat Kristian itu menjadi suatu kesaksian akan kasih dan penyelamatan Allah kepada masyarakat setempat. Menghadirkan kerajaan Allah dalam kehidupan mereka setiap hari dan dalam masyarakat merupakan panggilan Kristian. Melalui hidup berkomunitilah mereka dapat turut serta dalam misi Kristus dan Gereja.
Komuniti-komuniti ini apabila bergerak dalam paroki dengan bimbingan para paderi dan Uskup akan menghidupkan paroki di dalam ibadat dan misinya untuk mewartakan Kerajaan Allah.
Bila umat menyedari panggilan untuk menempuh jalan ke arah persekutuan iman, maka semangat saling membantu antara satu sama lain akan didorong oleh Roh Kudus supaya umat sama-sama semakin:
 mengenali Tuhan dan Khabar Gembira-Nya.
 membuka diri kepada cinta kasih Tuhan yang setia.
 berusaha menanamkan semangat cinta kasih dalam setiap keadaan hidup.
 mengabdikan diri kepada Allah dan sesama.

IMAN MENURUT AJARAN GEREJA KATOLIK

IMAN MENURUT AJARAN GEREJA KATOLIK


Apakah Iman itu Sebenarnya Menurut Gereja Katolik
• Gereja mengajarkan bahawa iman itu adalah pemberian atau karunia yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita melalui Roh Kudus.
• Ia merupakan rahmat yang diberikan oleh Allah kepada kita secara percuma.

KGK no: 37-38
Menyatakan bahawa untuk mengetahui Allah dengan akal sahaja manusia mengalami berbagai kesukaran.
Sesungguhnya, dengan dirinya sendiri sahaja ia tidak mampu untuk masuk ke dalam keakraban dengan misteri ilahi.
Maka ia perlu diterangi dengan wahyu Allah, bukan sahaja mengenai perkara-perkara yang melampaui batas kefahamannya, tetapi juga perkara-perkara kebenaran religius dan moral.

KGK No: 50-53, 68-69
• Mengatakan bahawa dalam kebaikan dan kebijaksanaan-Nya Allah berkenan menyatakan diri-Nya.
• Dengan perbuatan dan perkataan, Dia menyatakan diri-Nya dan rencana kebaikan penuh kasih-Nya yang ditetapkannya sejak semula di dalam Kristus.
• Menurut rencana ini, semua orang oleh kuasa Roh Kudus berkongsi di dalam kehidupan ilahi sebagai “anak-anak” angkat di dalam Putera Allah yang tunggal.

KGK No: 54-58, 70-71
Menjelaskan, sejak permulaan, Allah telah menyatakan diri-Nya kepada manusia pertama, Adam dan Hawa, kemudian mengajak mereka membangun hubungan akrab dengan-Nya.

Selepas kejatuhan mereka dalam dosa, Dia tidak menamatkan wahyu-Nya kepada mereka tetapi menjanjikan keselamatan kepada seluruh keturunan mereka.
Selepas air bah, Dia mengadakan perjanjian dengan Nuh, satu perjanjian antara Dia dengan seluruh makhluk hidup.

KGK No: 65-66, 73
• Tahap penuh dan muktamad wahyu Allah disempurnakan di dalam Firman-Nya yang menjadi manusia, yakni Yesus Kristus, perantara yang menggenapi seluruh Wahyu.
• Dia, sebagai Putera Tunggal Allah yang menjadi manusia, adalah Firman Bapa yang sempurna dan muktamad.
• Wahyu kini telah lengkap, walaupun iman Gereja harus secara beransur-ansur memahami maknanya yang sepenuh sepanjang peredaran abad.

KGK No: 74
Allah “menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran” (1 Timotius 2:4), iaitu, Yesus Kristus.
Atas sebab ini, Kristus harus diwartakan kepada semua menurut perintah-Nya, “Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku” (Matius 28:19).
Dan ini dilaksanakan melalui Tradisi Apostolik.

KGK. 84, 91, 94, 99
Para Rasul mempercayakan inti iman kepada seluruh Gereja. Syukur kerana pengertian iman umat Allah yang adikudrati (supernatural), dibantu oleh Roh Kudus dan dibimbing oleh Magisterium Gereja; Gereja tidak putus-putus untuk menerima, menyelami secara mendalam dan menghidupinya secara penuh dari anugerah wahyu ilahi.

KGK. 131-133, 141-142
• Kitab Suci memberi sokongan dan tenaga kepada kehidupan Gereja. Bagi anak-anak Gereja, ia adalah sebuah pengesahan iman, makanan bagi jiwa dan mata air bagi kehidupan rohani.
• Kitab Suci adalah jiwa bagi teologi dan pewartaan pastoral. Pemazmur berkata bahawa ia adalah “Pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku” (Mazmur 119:105).
• Oleh itu, Gereja mengesyorkan agar semua sentiasa membaca Kitab Suci kerana “kejahilan terhadap Kitab Suci bermakna juga kejahilan terhadap Kristus” (St. Jerome).

Sifat-Sifat Iman Kristian

KGK No: 153-165, 179-180, 183-184
• Iman adalah sifat baik adikudrati (supernatural) yang mana perlu bagi keselamatan.
• Ia adalah kurnia percuma dari Allah dan dapat dicapai bagi mereka yang secara rendah hati mencarinya.
• Tindakan iman adalah satu tindakan manusia, iaitu, suatu tindakan dari pemikiran seorang peribadi – didorong oleh keinginan yang digerakkan oleh Allah – yang secara bebas bersetuju dengan kebenaran ilahi.
• Iman adalah juga nyata kerana ia berdasarkan Firman Allah: ia bekerja “oleh kasih” (Galatia 5:6); dan ia tumbuh secara berterusan melalui pendengaran akan Firman Allah serta melalui doa.
• Ia juga, adalah mencicipi sukacita syurgawi sekarang ini.

KGK No: 166-169, 181
• Iman merupakan tindakan peribadi kerana ia adalah jawapan bebas manusia kepada Allah yang menyatakan diri-Nya. Tetapi dalam masa yang sama ia adalah suatu tindakan kegerejaan yang mengungkapkan dirinya sendiri di dalam pewartaan, “Kami percaya”.
• Sebenarnya Gerejalah yang percaya: dan dengan demikian oleh rahmat Roh Kudus mendahului, membentuk dan menyuburkan iman setiap umat Kristian. Atas sebab inilah Gereja adalah Ibu dan Guru.
“Tiada seorang dapat memiliki Allah sebagai Bapa jika tidak memiliki Gereja sebagai Ibu.”
(Santo Siprian)

KGK No: 170-171
Rumusan iman (Syahadat/Aku Percaya) adalah penting kerana ia membuatkan seseorang mengungkapkan, menyerapkan, merayakan dan mengongsikan dengan yang lain kebenaran iman melalui satu bahasa umum.

KGK No: 172-175, 182
• Gereja, walaupun terdiri dari peribadi-peribadi yang mempunyai berbagai-bagai bahasa, budaya dan tatacara, bagaimanapun mengakui dengan satu suara akan iman yang telah diterima dari Tuhan yang satu dan dilanjutkan oleh Tradisi Apostolik.
• Ia mengakui satu Allah saja, Bapa, Putera dan Roh Kudus, dan mengarah kepada satu jalan keselamatan.
• Oleh itu, kita percaya dengan sehati dan sejiwa semua yang terkandung di dalam Firman Allah, yang diperturunkan atau dituliskan, dan yang mana diakui oleh Gereja sebagai wahyukan oleh ilahi.

Iman Merupakan Pengalaman Hubungan Dengan Allah

Pengalaman Akan Kehadiran Allah

• Iman itu lebih daripada mengetahui dan percaya akan kewujudan Allah.
• Ia merupakan suatu pengalaman yang terindah akan kehadiran Allah di dalam kehidupan seseorang.
• Mengalami Allah sebagai yang Mahakuasa, Bapa yang maha pengasih, pengampun, penyelamat, pelindung, penolong, penghibur, kekuatan dan bahawa Dia adalah segala-galanya bagi orang yang sungguh-sungguh beriman.

Penyerahan Hidup Kepada Allah

• Melalui pengalaman iman ini seseorang itu menyerahkan seluruh hidupnya atau dirinya kepada Allah (ruj. Lk 1:38 iman Bonda Maria).
• Iman itu tidak dapat diajarkan kepada sesiapa, ia hanya dapat dikongsikan dan disaksikan kepada orang lain.
• Iman bermula dari hati ke roh seseorang melalui mendengar firman Tuhan.
• Bila iman itu sudah menjiwai seseorang walau apa pun berlaku sehingga nyawanya tergadai sekalipun kepercayaan dan keyakinannya terhadap Allah tidak akan tergugat sama sekali (ruj. Mat 7:24-27).

Iman Itu Hidup dan Dinamik


Iman Adalah Suatu Proses

Perkembangan iman merupakan suatu proses pertaubatan setiap hari dengan memusatkan kehidupan harian pada Kristus atau membangun hubungan intim dengan-Nya.

Menerima Yesus sebagai Tuhan atas segala-galanya dalam kehidupan kita. Tuhan atas segala yang kita lakukan, fikirkan, kelemahan, kekuatan, kegembiraan dan kesedihan (ruj. Gal 2:20).

Iman Adalah Hubungan Peribadi Dengan Tuhan
• Iman itu adalah hubungan dengan Allah secara personal dan dengan ciptaan-Nya, iaitu dengan sesama manusia dan alam semulajadi.
• Iman itu adalah respond atau sahutan kepada kehendak Allah untuk melayani-Nya dan sesama kita dalam cinta kasih, pengharapan dan sukacita (Mk 12:30-31).
• Iman adalah melakukan pelayanan untuk kebaikan semua orang seperti yang dikata oleh Yokobus, “Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakikatnya adalah mati” (Yok 2:17).
• Tanpa kasih iman tidak akan bertumbuh, ia akan menjadi layu dan tidak berguna (1 Kor 13:1-13).

Iman Bukanlah Perasaan
• Iman itu bukanlah perasaan tetapi membuka diri sepenuhnya secara radikal kepada kehendak Allah dalam pesanan Injil.
• Iman itu adalah seperti: benih yang tumbuh membesar dan menghasilkan buah, terang yang menerangi kegelapan dan garam yang memberi rasa dan erti pada kehidupan manusia.
• Tanpa iman Roh Kudus tidak dapat berkarya di dalam diri kita. Kehidupan Kristian akan menjadi kosong dan tidak memberi erti dalam kehidupan.
• Maka adalah amat penting untuk selalu berdoa meminta karunia iman dari Allah dan memohon pertolongan Roh Kudus untuk meneguh dan mengembangkan iman kita.

7 Peringkat Iman

1. Iman Kanak-Kanak
Apabila seorang bayi atau anak kecil dibaptis, dosa asal dan kuasa kejahatan dihapuskan dan dia menerima Roh Kudus dan kehidupan baru. Tetapi anak itu tidak menyedarinya. Maka dia tidak dapat mempraktik kehidupan barunya dan tidak aktif dalam iman. Masih ramai orang Kristian dewasa yang terperangkap dalam peringkat iman ini.

2. Iman Ikut-Ikutan
• Iman yang berdasarkan pada tanda-tanda kelihatan.
• Seseorang itu menjadi benar-benar percaya kerana dia telah melihat keajaiban kuasa Tuhan seperti kesembuhan atau mukjizat.
• Jika perkara seperti ini tidak lagi berlaku, maka imannya pun menjadi layu.
• Iman seperti ini belum begitu mendalam, ia masih lagi berdasarkan perasaan (ruj. Yoh 20:29).

3. Iman Berdasarkan pada Komuniti
• Ramai orang Kristian yang imannya sangat bergantung pada komuniti Kristian di mana dia tinggal. Tanpa komunitinya dia tidak dapat berbuat apa-apa.
• Komitmennya terhadap Allah adalah melalui komuniti sahaja dan bukannya secara personal.
• Ini selalu berlaku apabila seseorang yang sangat aktif di dalam pelayanan bagi Gereja kerana dia adalah ahli komuniti yang aktif. Tetapi apabila dia dipinda atau berpinda ke suatu tempat di mana dia jauh terpisah dari komunitinya maka dia juga akan menjauhkan diri dari pelayanan atau dari Gereja.
• Iman seperti ini tidak personal dan mendalam hanya pada kulit saja.

4. Iman yang Mendalam dan Personal
• Seseorang yang hidupnya berpusat pada Kristus dan dia mempunyai hubungan yang intim dan personal dengan Yesus.
• Dia mengutamakan Allah dalam segala hal dalam hidupnya. Tuhan adalah segala-galanya bagi dirinya dan tanpa Tuhan dia tidak dapat melakukan apa-apa (Yoh 15:5).
• Semuanya ini diungkapkan-nya melalui kesetiaan berdoa, menghayati Sabda Allah, merayakan sakramen-sakramen dan mengamalkan cinta kasih di dalam pelayanan pada Allah, Gereja dan sesamanya. 

5. Iman Para Murid
• Komitmen yang total kepada Tuhan dalam segi doa dan pelayanan.
• Menyerahkan seluruh kehidupan kepada Tuhan dan turut serta dalam pelayanan dan misi Kristus serta meneladani jejak langkah Tuhan (Mk 8:34-35).
• Sikap sebagai murid adalah selalu belajar dari Tuhan.
• Mengamalkan sikap bersatu dengan Kristus, melayani bersama Kristus dan melayani seperti Kristus.


 
6. Iman Para Rasul

Guru keimanan dan penginjil.
Seluruh kehidupan mereka adalah mewartakan khabar gembira atau Injil, memperkenalkan Allah kepada orang yang belum mengenali-Nya dan membawah orang lain mendekati Tuhan.
Menjadi Kristus untuk orang lain.

7. Iman Para Matir
Para matir adalah saksi iman, mereka mati demi mempertahankan dan memperjuangkan iman Kristian.
Iman yang menjiwai seluruh kehidupan mereka. Di mana mereka bersedia untuk menerima apa sahaja bentuk penganiayaan, penderitaan dan rela mati untuk Kristus dan sesama.

Penutup
• Iman memberi kita kuasa untuk melakukan sesuatu yang mustahil. Tuhan Yesus sendiri telah memberi kita keyakinan akan kekuasaan iman itu (ruj. Yoh 14:12-14).
• Tetapi persoalannya, apakah kita sungguh-sungguh percaya dan yakin akan jaminan Tuhan Yesus ini?
• Kadangkala apabila kita dicabar mengenai iman kita, kita malu menerima cabaran itu.
• Apabila kita berdoa kita kurang yakin bahawa Allah akan mendengar doa kita itu lalu kita tidak membuat apa-apa terhadap apa yang kita doakan itu.

Iman itu merupakan proses yang lama. Ia adalah suatu perjalanan yang jauh sehinggalah kita bertemu dan bersemuka dengan Allah.

Perjalanan iman adalah seperti pelayaran di lautan yang luas menuju ke destinasi yang paling indah sekali yang tidak ada bandingnya.  Tetapi untuk sampai ke sana kita perlu bergelut menghadapi pukulan ombak dan badai. Kita tahu ombak dan badai tidak berkekalan, ia datang dan pergi.
Begitu juga dalam perjalanan iman kita di dunia ini, kita harus berani menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam iman dengan penuh keyakinan sebab Tuhan sentiasa menyertai kita (Mat 28:20b; Rom 8:31-39 ).

“IBUBAPA SEBAGAI KATEKIS UTAMA

“IBUBAPA SEBAGAI KATEKIS UTAMA

KELUARGA - IBUBAPA

• Keluarga bermula dari perkahwinan dan perkahwinan bermula dari percintaan seorang lelaki dan seorang wanita.
• Anak-anak merupakah buah cinta kasih antara suami dan isteri.
• Maka wujudlah sebuah keluarga yang dibentuk, dijaga, dipimpin dan dibangun oleh ibubapa.

KELUARGA MANUSIA - KRISTIAN

• Kita lahir di dalam dunia ini melalui sebuah keluarga yang didirikan oleh pasangan suami isteri. Melalui keluarga kita mengenali dan mengelami kehidupan sebagai manusia.
• Di dalam keluarga kita mengelami cinta kasih Allah melalui kasih sayang ibu bapa. Di dalam keluarga Kristian kita mengenali Tuhan Yesus Kristus sebagai penyelamat dunia – kasih Allah kepada manusia.

KELUARGA – SEKOLAH – IBUBAPA ADALAH GURU UTAMA

• Keluarga merupakah sekolah pertama bagi setiap insan belajar untuk memahami dan menghayati erti dan tujuan kehidupan manusia di dunia ini.
• Keluarga merupakan tempat di mana anak-anak belajar untuk menjadi manusia yang sempurna.
• Keluarga merupakan tempat pembentukan awal kemanusiaan dan iman anak-anak.
o Bagi kita umat Kristian keluarga itu adalah “Gereja domestik” (gereja rumah).
• Semuanya ini adalah dibawah tanggungjawab Ibubapa
• sebagai katekis utama bagi anak-anak mereka di rumah.

KELUARGA EJEN PENGINJILAN YANG BERMULA DARIPADA IBUBAPA
• Keluarga adalah tempat di mana kebenaran Injil diamalkan dan anugera yang dikongsikan oleh ahli keluarga kepada masyarakat.
• Keluarga adalah ejen penginjilan yang paling berkesan pada zaman sekarang.
• Keluarga-keluarga Kristian dipanggil untuk bersaksi bagi Injil dalam apa juga keadaan dan kesulitan hidup mereka.
• Untuk menjadi ejen penginjilan dalam era yang moden ini keluarga-kelaurga Kristian perlulah melahirkan murid-murid Yesus.
• Semuanya ini harus bermula daripada IBUBAPA
• Panggilan Keluarga Kristian
• Membangun Komuniti Kehidupan dan Komuniti Cinta Kasih.
• Membangun Iman Kristian dan Membangun Gereja
• Membangun Komuniti Kehidupan dan Komuniti Cinta Kasih
• Keluarga yang dibentuk dan dihidupkan oleh cinta kasih merupakan komuniti manusia yang terdiri daripada: suami dan isteri, anak-anak serta nenek dan datuk.
• Tugas utama di dalam keluarga adalah untuk hidup dengan penuh kesetiaan pada perpaduan yang nyata untuk membangun komuniti manusia yang sejati secara berterusan.
• Prinsip dasar dalam melaksanakan tugas ini adalah cinta kasih.

CINTA KASIH DASAR KELUARGA KRISTIAN
• Tanpa cinta kasih keluarga itu bukan komuniti manusia. Tanpa cinta kasih ia tidak akan hidup dan berkembang menjadi komuniti manusia yang sempurna.
• Cinta kasih tidak akan wujud di dalam keluarga sekiranya Allah tidak hadir di situ. Allah adalah sumber cinta kasih, sebab “Allah itu adalah kasih” (ruj. 1 Yoh 4:8).

PENGORBANAN DALAM KELUARGA
• Semangat pengorbanan adalah sangat penting sekali dalam membangun keluarga Kristian. Cinta kasih tampa pengorbanan adalah cinta kasih palsu yang hanya bersifat sementara sahaja.
• Tampa pengorbanan di dalam keluarga kuasa kasih Tuhan tidak dapat dialami dan kebahagiaan sejati di dalam keluarga merupakan suatu impian yang tidak akan menjadi kenyataan.
• “Tidak ada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya” (Yoh 15:13). Allah telah menyatakan kasih-Nya kepada kita melalui pengorbanan Tuhan Yesus Kristus di kayu salib (ruj. Yoh 3:16; 1 Yoh 4:9).

KELUARGA – SEKOLAH CINTA KASIH DAN NILAI-NILAI KRISTIAN

• Keluarga itu haruslah menjadi sekolah pertama di mana dasar atau asas cinta kasih dan kesatuan dipelajari.
• Ia adalah sekolah pertama di mana nilai-nilai murni dalam kehidupan manusia dan Kristian diwaris dan diajarkan kepada anak-anak.
• Ibu bapa merupaka guru pertama dan utama dalam perkara ini.
• Pembentukan aklak dan kerohanian anak-anak diperingkat awal adalah tanggungjawab utama ibu bapa di rumah. Tanggungjawab utama ibu bapa ini seharusnya tidak serahkan kepada orang lain.

MENGAMALKAN BUDAYA KASIH

• Sebagai komuniti cinta kasih setiap ahli di dalam keluarga itu haruslah mengelami secara mendalam bahawa dia dimengerti, diterima, dicintai, dihargai dan didorong supaya dia juga belajar untuk mengerti, menerima, mencintai, menghargai dan mendorong yang lain dalam keluarganya.
• Maka ibu bapa dan anak-anak haruslah berusaha mengamalkan kasih yang mendalam di dalam keluarga di mana mereka saling mengasihi, mengampuni, mengerti, mendorong, menyokong, mendoakan dan menegur secara baik di antara satu sama lain. Mereka berjuang bersama dalam menghadapi dan menangani segala masalah dan kesulitan dalam keluarga mereka.
• Pengorbanan kasih Kristus di kayu salib yang dihadirkan dalam perayaan Ekaristi haruslah menjadi dasar utama perjuangan mereka untuk saling mengasihi dan membahagiakan satu sama lain.

MEMBANGUN IMAN KRISTIAN

• Keluarga Kristian merupakan sekolah dasar iman Kristian.
• Tanpa iman yang mantap kita tidak akan dapat melayani kerajaan Allah secara komited dan efektif. Tampa iman kita tidak akan menjadi murid-murid Yesus yang sebenar.
• Iman merupakan pemberian yang percuma dari Allah dan ia haruslah dikongsi kepada sesama kita secara percuma.
• Ibu bapa merupakan katekis atau guru agama pertama dan utama dalam pembentukan iman anak-anak di rumah.

o Pembentukan dan perkembangan iman merupakan
o suatu proses yang berterusan sehinggalah kita dipanggil menghadap Allah.

MEMBANGUN GEREJA

• Keluarga mula dibentuk melalui perkahwinan. Di mana suami isteri Katolik memulakan hidup perkahwinan mereka dalam Gereja melalui perayaan sakramen perkahwinan, Allah memberkati dan mengukuhkan cinta kasih dan kesatuan suami isteri.
• Melaui sakramen perkahwinan mereka dipanggil dan dituntut untuk membangunkan keluarga Kristian dan keluarga itu sekali gus menjadi Gereja domestik atau Gereja rumah serta bertanggungjawab terhadap pembangunan Gereja tempatan.
• Kelahiran anak-anak bukan hanya untuk menambahkan jumlah umat tetapi juga melahirkan generasi baru untuk meneruskan misi dan karya penyelamatan Kristus dan para rasulnya sebagai paderi, religius, katekis dan pemimpin awam Gereja.

KELUARGA – GEREJA DOMESTIK

• Dalam surat Apostolik Gereja di Asia Bapa Suci Yohanes Paulus II menyatakan: “Keluarga Kristian, seperti Gereja pada keseluruhannya, harus menjadi tempat anugerah kehidupan serta amalan kebenaran Injil dan selanjutnya ahli keluarga membawa dan mengongsikannya kepada komuniti yang lebih besar (paroki).
• Keluarga bukan hanya menjadi objek pelayanan pastoral Gereja; ia adalah juga ejen penginjilan Gereja yang paling berkesan.
• Keluarga Kristian hari ini adalah dipanggil untuk bersaksi tentang Injil dalam apa sahaja keadaan, walaupun keluarga itu sendiri diancam oleh berbagai-bagai tekanan.
• Untuk menjadi ejen penginjilan pada setiap masa, keluarga Kristian perlu benar-benar menjadi “Gereja domestik”, menghidupi panggilan Kristian dalam kerendahan hati dan penuh kasih.” Panggilan Kristian – menjadi kudus – kekudusan: hubungan intim dengan Tuhan

KELUARGA TERLIBAT DALAM PELAYAN GEREJA

• Keluarga haruslah bergiat di dalam kehidupan paroki, turut serta dalam sakramen-sakramen, terutama sekali dalam Ekaristi Kudus, sebab Ekaristi merupakan pusat dan puncak segala aktivi dan kehidupan Gereja.
• Mereka harus terlibat dalam melayani orang lain dalam menhidupi semangat Ekaristi itu.
• Ini juga bermakna bahawa apabila keluarga berkumpul ibu bapa haruslah berusaha mengambil peluang untuk berdoa bersama, membaca dan merenungi Alkitab, mengadakan upacara yang sesuai yang dipimpin oleh bapa atau ibu, dan juga menganjurkan rekreasi yang sihat dan membangun hubungan intim didalam keluarga.
• Menjadi Murid-Murid Yesus
• “Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Ku perintahkan kepadamu” (Mt 28:19-20a).
• Tuhan Yesus telah memberi perintah kepada para muridnya “jadikanlah semua bangsa muridku, ajarlah mereka melakukan yang ku perintahkan. Tuhan Yesus memberi penekanan ”jadikanlah...muridku dan ajarlah mereka melakukan perintahku.”
• Sebab seorang Kristian itu dipanggil untuk menjadi murid Yesus Kristus dan tuntutan sebagai murid adalah melakukan kehendak Tuhan.

MENJADI MURID-MURID YESUS

• Bukan intelektual (kepintaran) ataupun kebaikan semulajadi yang penting. Tetapi apa yang paling penting adalah panggilan, inisiatif dari Yesus sendiri (Mrk 1:17-20; Yoh 1:38-50) dan dari Allah Bapa yang memberi kepada-Nya murid-murid (Yoh 6:39; 10:29; 17:6, 12).
• Menjadi murid itu bererti ada hubungan peribadi yang intim dengan Kristus. Dia berkata kepada para murid-Nya: “Mari, ikutlah Aku.” Dalam Injil kata kerja ikut selalu mengungkapkan hubungan peribadi yang intim dengan Yesus (ruj. Mat 8:19-22).
• Mengikuti Yesus bererti meneladani sikapnya, mendengar ajarannya dan hidup sesuai dengan kehendak Kristus (Mrk 8:34-38; 10:37, 42-45; Yoh 12:26).

IBU BAPA MERUPAKAN MURID YESUS YANG PERTAMA DI DALAM KELUARGA

• Setiap umat Kristian yang telah dibaptis dipanggil untuk menjadi murid Yesus Kristus.
• Ibu bapa merupakan murid pertama Kristus di dalam keluarga. Maka mereka bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing anak-anak mereka menjadi murid-murid Tuhan juga.
• Itulah sebabnya mengapa ibu bapa harus menjadi katekis pertama dan utama bagi anak-anak mereka di rumah.
• Benih kemuridan perlulah disemai di dalam fikiran dan hati seorang anak bermula sejak dalam kandungan ibunya lagi.
• Menjadi Seorang Kristian
• Menjadi seorang Kristian itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
• Ia merupakan suatu panggilan hidup yang sangat mencabar sekali tetapi membawa kebahagiaan sejati dan kehidupan kekal.
• Ia merupakan suatu proses seumur hidup kerena melalui pembaptisan kita dipanggil menjadi seperti Kristus.
• Istilah Kristian itu datang dari nama Kristus maksudnya menjadi Kristian itu adalah proses untuk menjadi:
• Pengikut Kristus: mengikuti jalan hidup Kristus dan meneladani sikap Kristus.
• Murid Kristus: menerima ajaran dan perintah Kristus dan menghayatinya dalam hidup setiap hari.
• Rasul Kristus: turut serta dalam misi Kristus mewartakan khabar baik dan menghadirkan kerajaan Allah di dalam dunia.
• Peranan Ibu Bapa membantu Anak-Anak Menjadi Kristian yang baik
• Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka menjadi Kristian yang baik?
• Apakah langkah-langkah konkrit atau nyata yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk pembentukan iman anak-anak mereka?
• Komitmen Waktu Perkahwinan
• Sewaktu perkahwinan suami isteri menjawab; Ya, saya mahu, kepada soalan: Mahukah kamu menerima dengan penuh cinta kasih anak-anak daripada Allah dan mengasuh mereka menurut ajaran Kristus dan Gereja-Nya?
• Waktu pembaptisan anak
• Sewaktu pembaptisan anak ibu bapa menjawab; Ya, kami sedar, kepada soalan: Bersediakah kamu untuk mendidik anak kamu dalam iman kita. Mereka haruslah diajar mengasihi Allah dan sesama, menurut tauladan yang diberikan Kristus kepada kita. Adakah kamu sedar akan kewajipban ini?

KOMITMEN….YA!

• Jawapan ‘Ya’ itu harus diterjamakan dalam tindakan yang nyata. Ibu bapa haruslah berusaha dan berkorban untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai katekis utama bagi anak-anak mereka.
• Menjadi contoh kepada anak-anak
o Ibu bapa haruslah memberi contoh yang baik kepada anak-anak bagaimana menjadi seorang kristian yang baik rumah.
• Memimpin doa sebelum dan sesudah minum/makan setiap hari dan sebelum tidur.
• Memimpin membaca dan merenung Sabda Tuhan di dalam keluarga sekurang-kurangnya sekali seminggu misalnya untuk bacaan Injil hari Minggu berikutnya.
• Memberkati anak-anak (berdoa) sebelum mereka pergi ke sekolah.
• Mengajar anak-anak berdoa
o Ibu bapa bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak berdoa sejak diperingkat awal lagi.
• Anak yang masih di dalam kandungan boleh didoakan dan didengarkan dengan Sabda Tuhan dan juga lagu-lagu rohani (anak yang masih di dalam kandungan boleh mendengar dan merakamkan dalam otaknya apa yang dia dengar dan dia boleh berkomunikasi dengan ibunya).
• Anak yang sudah pandai bercakap sudah boleh diajar berdoa dengan doa-doa yang senang, misal memohon berkat, berterima kasih dan perlindungan Tuhan sebelum dan sesudah makan dan sebelum tidur dan sesudah bagun dari tidur.
• Anak-anak diajar untuk berdoa secara peribadi sesudah bangun dari tidur, sebelum tidur, sebelum belajar dan sebelum dan sesudah makan. Dan juga berdoa untuk kebahagian keluarga.
• Mendampingi anak-anak dalam pebentukan iman mereka
o Ibu bapa bertangunggungjawab untuk mendampingi anak-anak mereka di dalam perjalanan iman mereka. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk iman anak-anak mereka kepada para katekis sahaja.
• Ibu bapa haruslah menceritakan tentang Tuhan Yesus kepada anak-anak yang masih kecil.
• Ibu bapa perlu tahu apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka dalam kelas katekesis (agama).
• Ibu bapa perlulah mengulang kaji bersama anak-anak apa yang mereka telah pelajari dalam kelas katekesis dan bersama mereka membuat kerja rumah yang diberikan.
• Ibu bapa haruslah mendorong anak-anak untuk mengikuti kelas katekesis setiap minggu.
• Mendisiplinkan anak-anak berdasarkan Sabda Allah
o Aklak anak-anak mestilah dibentuk sejak mereka masih kecil lagi dan ia haruslah bermula di rumah. Ia adalah tanggungjawab utama ibu bapa. Anak-anak mestilah diajar untuk melakukan apa yang baik dan menjauhkan diri daripada kejahatan. Anak-anak mestilah diberi tahu apa yang mereka boleh lakukan dan yang tidak boleh mereka lakukan terutama sekali apa yang bertentangan dengan hukum Tuhan dalam Kitab Suci dan ajaran Gereja.
• Gunakan 10 Perintah Allah sebagai dasar untuk mendisiplinkan anak-anak di rumah (ruj. Kel 20:1-17).
• Beri penekanan tentang perintah baru yang diajarkan oleh Yesus dalam Injil (ruj. Mat 22:37; Mk 12:30-31; Lk 10:27; Yoh 13:34).
• Anak-anak mestilah dibimbing untuk setia kepada Allah.