DIFINISI ISTILAH
Penanggung adalah:
1. Seorang yang berjalan bersama dengan calon atau katekumen yang mempersiapkan diri untuk diterima masuk ke dalam Gereja Katolik.
2. Seorang yang bersedia untuk menjadi sahabat, saksi serta pembimbing kepada katekumen.
3. Berdasarkan kepada Ritus:
Seorang laki-laki atau perempuan yang mengenal calon. Membantu dia dan bersaksi iman, moral dan keinginan calon.
“Seorang yang rapat dengan calon kerana teladannya, sikapnya dan persahabatannya dan Ia diwakilkan oleh komuniti Kristian setempat dan diluluskan oleh paderi. Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menunjukkan kepada para calon dalam cara yang mesra, kedudukan Injil dalam kehidupannya sendiri dan dalam masyarakat, untuk membantu dia dalam keraguan dan kebingungan, memberi kesaksian umum bagai dia dan untuk memperhatikan perkembangan kehidupan rohaninya, membantu dia supaya tetap setia kepada janji-janji baptisannya.”
Penanggung
Mereka yang pada upaca pemilihan, berjalan bersama katekumen dalam persiapan terakhir sebelum Inisiasi dan meneruskannya selepas permandian untuk membantu mereka bertahan dalam iman dan dalam hidup mereka sebagai kristian.
Nota Pastoral:
Dalam kebanyakan kejadian, orang yang menjadi sponsor adalah orang yang sama yang akan menjadi penanggung permandian.
Katekumen
Orang yang belum dipermandikan dan yang memohon untuk diterima masuk di dalam Gereja Katolik melalui Sakramen Baptis, Krisma dan Ekaristi.
Calon
Orang yang telah dibaptis dan mememohon untuk diterima masuk ke dalam gereja Katolik melalui Pengakuan Iman, Baptis, Krisma dan Ekaristi.
MEMILIH PENANGGUNG PEMBAPTISAN
Sponsor dan penanggung adalah dipilih oleh calon, katekumen, atau keluarga anak –anak untuk dibaptis. Mereka haruslah dalam pengadilan padaeri paroki, layak unuk menjalankan fungsi-fungsi yang betul.
Nota Pastoral:
Dalam situasi paroki tertentu, “simpatisan” datang kepada komuniti tanpa mengenali seseorang yang dapat menjalankan peranan sebagai sponsor atau penanggung. Mereka haruslah dibantu oleh paderi dan komuniti paroki dalam mengenal pasti orang yang sesuai sebagai dan benar-benar dapat melayani sebagai sponsor atau penanggung baptis bagi perjalanan iman mereka dan dapat memenuhi keperluan-keperluan yang digariskan dalam Kanon 874.
TANGGUNGJAWAB SEORANG SPONSOR ATAU PENANGGUNG BAPTIS.
1. Mempunyai keupayaan untuk melaksanakan liturgy dengan betul, memberi kesaksian akan iman kepada calon atau katekumen (Kod Hukum Kanon 872 & 879); hadir dan mengambil bahagian dalam perayaan upacara-upacara bersama calon atau ketekumen.
2. Menghadiri sesi kateketikal sekerap yang mungkin demi untuk dapat besama dengan calon atau katekumen.
3. Menghadiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti retreat dan pelayanan komuniti bersama calon atau katekumen.
4. Menperkenalkan kepada calon atau ketekumen kepada komuniti beriman dan mengajak mereka untuk mengahdiri dan mengambilb ahagian dalam berbagai pelayanan liturgy dan fungisi-fungsi paroki.
5. Berdoa bersama dan mengongsikan iman peribadi dengan calon atau katekumen.
PEMBENTUKAN SPONSOR/PENANGGUNG
Demi untuk membolehkan seorang sponsor melaksanakan tanggungjawb mereka sesuai dengan panggilan mereka, penerangan dan pembentukan haruslah disediakan oleh kepimpinan pastoral paroki. Ini termasuklah:
1. Penerangan dan pemerhatian proses Inisiasi. Sumber-sumber untuk digunakan dan diberikan kepada sponsor atau penanggung adalah Bimbingan untuk Sponsor oleh Ron Lewinski.
2. Penerangan ke atas liturgy dimana sponsor harus mengambil bahagian di sepanjang perjalanan mereka bersama calon atau katekumen.
3. Alas an-alasan “Confidentiality”
4. Erti perubahan dan hubungan dalam perjalanan kepada inisiasai.
5. Erti hamba dan bagaiman setiap kita yang dibaptis dipanggil untuk menjadi hamba kepada satu sama lain.
6. Penerangan bahawa setiap calon atau katekumen adalah unik dalam perjalanan iman dan perubahan mereka, dan tidak seharusnya dibandingkan dengan jangka masa seorang berada dalam katekumenate.
7. Membuat komitmen untuk terus memberi sokongan kepada orang baru diterima, termasuk dalam masa mistagogia dan disepanjang hidup.
8. Penerangan tentang komitmen amali disepanjang masa katekumenate, seperti sesi mingguan, aktiviti-aktiviti pelayanan atau perkumpulan-perkumpulan.
KELAYAKAN KANONIKAL SEORANG SPONSOR/PENANGGUNG
Kanon 872: Calon Baptis sedapt mungkin diberi penanggung pembaptisan yang bertanggungjawab mendampingi calon baptis dewasa dalam inisiasi Kristian, dan mengajukan besama orangtua calon baptis bayi untuk dibaptis, dan juga wajib berusaha agar yang dibaptis hidup sebagai kristian yang sesuai dengan baptisnya serta memenuhi denan setia kewajiban-kewajiban yang melekat pada baptis tersebut.
Kanon 873: Sebagai penanggung permandian hendaklah ia seorang lelaki atau seorang perempuan, atau lelaki dan perempuan.
Nota Pastoral: kelayakan kanonikal ini hanya digunakan bagi sponsor/penanggung bagi orang dewasa, kanak-kanak dan bayi.
Kanon 874:
1. Agar seseorang dapat diterima untuk menjalankan tugas penanggung, ia haruslah;
a. Ditunjukkan oleh calon baptis atau orang tuannya atau oleh orang yang mewakili mereka, atau bila mereka tidak ada, oleh Paderi Paroki atau pelayan baptis, serta memiliki kecekapan dan maksud untuk melakukan tugas itu;
b. Telah berumur genap enambelas (16) tahun, kecuali jika umur lain ditentukan oleh Uskup diosesan, atau Paderi Paroki ataupun pelayan baptis menilai bahawa kekecualian atas alas an wajar dapat diterima.
c. Seorang katolik yang telah menerima penguatan dan sakramen Ekaristi mahakudus, hidup sesuai dengan imand an tugas yang diterimanya;
d. Tidak dijatuh atau dinyatakan ternoda oleh suatu hokum kanonik (hidup tidak bertentangan dengan hokum kanonik)
e. Bukan ayah atau ibu oleh calon baptis.
2. Seorang yang telah dibaptis dalam suatu jemaat gerejawi bukan katolik hanya dapat diizinkan tampil hanya bersama dengan seorang penanggung baptis Katolik, dan itu sebagai saksi baptis.
PENGUATAN
Kanon 892: Calon penguatan hendaknya sedapat mungkin didampingi oleh seorang penanggung penguatan, yang bertugas mengusahkan agar yang telah menerima penguatan bertindak selaku saksi Kristus yang sejati dan dengan setia memenuhi kewajiban-kewajiban yang melekat pada sakramen itu.
Kanon 893:
1. Agar seseorang dapat menjalnakan tugas wali –penguatan ia haruslah memenuhi syarat-syarat alam Kanon 874.
2. Adalah baik bahawa sebagai penanggung penguatan diambil orang yang sudah menerima tugas yang sama dalam baptis.
PEMBATALAN SEBAGAI SPONSOR
1. Tidak menpunyai keinginan untuk memenuhi tanggungjawabnya.
2. Dibawah 16 tahun
3. Belum menerima Sakramen Penguatan dan Ekaristi.
4. Tidak menghidupi imannya berdasarkanajaran gereja (Contoh: tidak menghadiri Misa Kudus 5 atau 10 tahun atau mengamalkan pengawal hamil)
5. Suami /isteri calon
6. Bapa angkat calon
7. Disingkirkan oleh gereja (contoh terlibata dalam satu atau lebih penguguran anak)
8. Ahli dari masyrakat yang disingkirkan.
9. Pendosa umum (contoh –pelacur atau hidup bersama dengan bukan pasangan yang sah)
10. Murtad dan skisma (KGK 2089)
11. Perkahwinan campur yang menyatakan kanak-kanak harus memilih agama mereka apabila mereka besar.
12. Seseorang yang percaya bahawa semua agama adalah sama sahaja.
13. Terlibat dalam perkahwinana yang tidak disahkan
14. Tidak berdaftara dengan paroki/tidak terlibat dalam mana-mana komuniti yang beriman.
BOLEHKAH PENANGGUNG DIGANTIKAN?
Untuk menggantikan seseorang penanggung seboleh-bolehnya dielakkan dari berlaku. Perhubungan diantara penanggung dan yang ditanggung akan berakhir bila:
· Kematian penanggung
· Konfili diantara penanggung dan ibubapa anak tersebut
· Penanggung tidak mahu menjadi sebahagian dari kehidupan calon tersebut (konflik)
· Perpindahan penanggung
Secara sah, panggilan sebagai penanggung tidak boleh diiambil/ditarik dari orang tersebut dan diberikan kepada orang lain kerana:
· Semasa pembaptisan anak tersebut, penanggung berperanan sebagai saksi. Jika dokumen gereja terhapus oleh kebakaran, penanggunglah yang menjadi saksinya.
· Jika dalam sesebuah Negara terpencil, dimana Sijil Baptisan hanya akan menjadi bukti akan kewarganegaraan akan tersebut. Untuk mengubah sijil tersebut adalah satu pemalsuan.
Tetapi jika persahabatan di antara penanggung berakhir, bapa boleh mencari seorang untuk membantu dalam perjalan iman anak tersebut. Jika anak tersebut belum menerima Krisma, maka orang tersebut boleh dipilih sebagai penanggung tersebut untuk Penguatan.
Kes-kes kecemasan: seorang penanggung tidak diperlukan (Baptisan) jika tidak ada penanggung –sekurang-
Thursday, March 25, 2010
Istilah Kateketikal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment