VISI
“Persekutuan
komuniti-komuniti penyayang
yang berpusatkan pada Kristus, berjalan bersama
dalam iman, harapan dan cintakasih,
diteguhkan oleh Roh Kudus
dalam misi penginjilan
demi pembangunan Kerajaan Allah.”
Pernyataan tersebut menjelaskan keadaan ideal yang diinginkan diosis.
Ia bererti bahawa komuniti-komuniti yang berpusatkan pada Kristus
adalah cara hidup kita sebagai Gereja.
Di samping itu terdapat persekutuan yang penyayang di tengah-tengah mereka.
Komuniti-komuniti ini sentiasa berjalan bersama
dalam misi penginjilan demi pembangunan Kerajaan Allah. Perjalanan mereka
dilakukan dalam
iman, harapan dan cinta kasih
dan diteguhkan oleh
Roh Kudus.
MISI
Kita, keluarga Allah,
yang terdiri dari
umat awam, religius, para paderi dan uskup
Diosis Kota Kinabalu,
bersama dengan Roh Kristus, mengamanatkan diri
untuk:
- memperbaharui peribadi dan kelompok secara berterusan,
- hidup berdoa dengan dipupuk oleh sakramen-sakramen,
- menghayati Sabda Allah dalam kehidupan dengan dibimbing oleh ajaran Gereja,
- memupuk perpaduan di kalangan komuniti, menghormati nilai-nilai agama lain,
- menjaga alam sekitar dengan bertanggungjawab,
- menegakkan keadilan dan kedamaian.
Pernyataan Misi
bererti bahawa kita perlu meneguhkan diri kita
secara dalaman melalui pembaharuan berterusan
serta hidup dengan ditopang oleh doa, sakramen dan Sabda Allah.
Ia juga menyatakan bahawa sebagai
Gereja dalam dunia moden,
kita perlu terlibat secara luaran. Kita tidak boleh mengenepikan
isu-isu yang membabitkan masyarakat umum kerana
“kegembiraan dan harapan tamadun moden adalah
kegembiraan dan harapan orang-orang Kristian.
Kedukaan dan kegelisahan
umat manusia dewasa ini,
terutama mereka yang
miskin dan menderita,
adalah juga merupakan
kedukaan dan kegelisahan
umat Allah.
Sesungguhnya segala sesuatu yang bersifat manusiawi
menyentuh pengikut-pengikut Kristus.
(Prakata No.1, Gereja Dalam Dunia Moden, Dokumen Konsili Vatikan Kedua).
Pernyataan Misi kita adalah bertujuan untuk membantu mencapai Visi kita.
No comments:
Post a Comment