Thursday, July 26, 2012

AKTIVITI MINGGU KATEKETIKAL 2012

CADANGAN UNTUK MINGGU KATEKETIKAL 2012                        

TEMA        :         IMAN BERAKAR DAN DIBANGUN DI ATAS                                                PERIBADI YESUS KRISTUS (Kol.2:7)

1)      Cadangan Ayat Kita Suci :-

Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu. Kol 2:7”
                             
2)      Objektif, berakar dalam…. Peribadi Yesus Kristus, melalui
          1)      Membaca Injil dengan penuh doa dan menghafal sebahagian                     daripada ayat;
          2)      Merayakan Ekaristi dengan hormat
          3)      kasih, pemahaman dan penerimaan antara sesama

3)      Cadangan aktiviti-aktiviti :-
                   
          Aktivti melibatkan ibubapa, seminggu atau dua minggu lebih awal. 
         a)       Perbahasan dengan ibubapa sebagai peserta.  Cadangan topik-topik :-
                   -  “IBUBAPA SEBAGAI KATEKIS UTAMA BENAR/PALSU”
                   -  “AKTIVITI KO-KURIKULAR BERBANDING DENGAN KATEKISME”

          b)      Ceramah mengenai
                   - Mengenali kehadiran Yesus Kristus  semasa Misa Kudus


4)      Konsert Kelas
         Setiap kelas membuat satu persembahan yang berkaitan dengan Tema. Pada waktu ini, kanak-kanak terbaik dalam setiap kelas boleh diberi hadiah/penghargaan.


5)      Aktiviti Kelas
            5 – 6                   Menghafal Doa: Tanda Salib, Bapa Kami, Salam Maria,                                    Kemuliaan, …
             7 – 9        Belajar berpakaian dan bersikap sopan untuk Ekaristi.                                       Menghafal doa Aku percaya

          10-12          Menghafal ayat-ayat daripada Injil.
a)       Para pelajar diberi 10 ayat untuk dihafal. Seminggu kemudian, mereka diminta membacanya dan pelajar yang dapat menghafal kesemuanya menang.
b)      Pemenang dari setiap kelas akan bertanding antara sesama menggunakan ayat-ayat baru.
     
          13-16          Menghafal ayat-ayat daripada Injil.  
                            1) Setiap pelajar memilih, menghafal dan mengongsikan petikan kitab suci yang menyentuh peribadi mereka.
                            2)  Mencari Harta Karun menggunakan Alkitab
                                  Kanak-kanak dimasukkan ke dalam kumpulan. Satu ayat Alkitab diberi dan ayat ini mempunyai bayangan kepada ayat seterusnya. Ini akan berterusan sehingga harta karun yang disediakan dijumpai.

         7-16            Pertandingan Menulis Karangan – “SEORANG SANTO/SANTA SEBAGAI WIRA SAYA”
Tugasan diberi dua atau tiga minggu lebih awal. Karangan yang terbaik akan dibaca semasa homili atau masa-masa lain yang sesuai semasa MISA.
                            
6)      SEMASA MISA :-

          1)      Menghargai katekis yang paling lama dalam pelayanan.
          2)      MISA dikendalikan sepenuhnya oleh para katekis dan pelajar
                    Contoh. kantor, penyambut tetamu, pembaca, dll….
          3)      Doa untuk Katekis didoakan oleh semua katekis


PERHATIAN. Cadangan-cadangan di atas adalah hasil perbincangan sekumpulan katekis. Terima kasih kepada setiap anda dan semua. Anda boleh memberi cadangan yang lain. Terima kasih.
 FR GEORGE HARRISON .(revharry73@yahoo.com)

No comments: