Malaysian Catechetical Commission Meeting 2016
MESYUARAT KOMISI KATEKETIK SEMALAYSIA KENINGAU : Pada 25- 28 January 2016, Komisi Kateketik SeMalaysia telah mengadakan Mesyuarat Tahunan di Rumah Retret Keuskupan Keningau di Tatal. Perwakilan dari semua kesembilan Keuskupan dan Keuskupan Agung hadir ke mesyuarat ini. Perbincangan memokus pada pembentukan katekis yang berterusan dan yang mengintegrasikan pembentukan peribadi, kerohanian, pengetahuan dan kemahiran mereka. Setiap perwakilan keuskupan diminta menyediakan modul pembentukan katekis yang lengkap yang akan dikongsikan dalam mesyuarat Komisi yang akan diadakan pada bulan Oktober tahun ini. Siri Kateketik Malaysia terbitan Konferens Uskup SeMalaysia yang telah digunakan secara bertahap sejak 2005 juga dibincangkan. Para katekis semakin tercabar dalam usaha mereka untuk menyampaikan katekesis mingguan yang lebih menarik dan berkesan di dalam keadaan dunia yang semakin modern dan berubah. Oleh itu, setiap perwakilan Komisi keuskupan masi...