Posts

Showing posts from August, 2010

RENUNGAN...

SEBUAH KISAH KASIH Suatu hari, aku bangun di hari yang baru untuk menyaksikan sang suria terbit.  Dan keindahan karya ciptaan Tuhan sungguh tak terlukiskan.  Sementara aku mengaguminya, aku memuliakan Tuhan oleh kerana karya-Nya yang mempersona.  Sementara aku duduk di sana, aku merasakan kehadiran Allah dalam diriku. Ia bertanya kepadaku.   "Apakah engkau mengasihi Aku?"  Aku menjawab, "Tentu saja Tuhan!  Engkaulah Allah dan Juruselamat-ku!" Kemudian Ia bertanya, "Seandainya engkau cacat jasmani, apakah engkau akan tetap mengasihi Aku?" Aku terpana.  Aku memandangi tanganku, kakiku dan seluruh bagian tubuhku yang lain sambil memikirkan betapa banyak pekerjaan yang tidak akan dapat aku lakukan, pekerjaan-pekerjaan yang selama ini aku anggap biasa.  Dan aku menjawab, "Akan sangat berat Tuhan, tetapi aku akan tetap mengasihi Engkau." Kemudian Tuhan berkata, "Seandainya engkau buta, apakah engkau akan tetap mengagumi ciptaan-Ku?...
7 SIKAP YANG AMAT PENTING  UNTUK MEMANTAPKAN PELAYANAN DALAM KATEKETIKAL Apakah Objektif Pelayanan Kateketikal? Objektif utama pelayanan kateketikal bukanlah hanya mempersiapkan orang untuk menerima sakramen inisiasi. Tetapi yang sangat penting adalah membawa perubahan dalam hidup seseorang yang dibimbing di mana dia menjadi seorang Kristian yang beriman dan mengusahakan hidup yang berdasarkan pada Injil Kristus dan ajaran-ajaran Gereja. 1. Taat Berdoa Langkah pertama dan utama dalam segala bentuk pelayanan yang efektif adalah berdoa. Jika kita melupakan doa dalam hidup maka Tuhan pun dilupakan. Bagaimanakah kita dapat melayani Tuhan jika Dia tidak kita utamakan dalam hidup. Para katekis pembimbing mestilah menjadi orang taat berdoa setiap hari. Doa menyatukan kita dengan Tuhan dan ini akan merapatkan hubungan dengannya. “Sebab diluar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa” (Yoh 15:5). Hanya dengan adanya hubungan intim dengan Tuhan barulah usaha kita itu berkesan dan ber...
Image
CABARAN DALAM KATEKESIS 1. Pewartaan Injil 2. Pembentukan Iman 3. Iman dan Pertaubat 4. Pembentukan dan pendalam Iman Para Katekis 1. Pewartaan Injil “Pergilah keseluruh dunia, beritahkanlah Injil kepada segala makhluk” (Mk 16:15).  Tuhan Yesus sebelum dia naik ke syurga memberi perintah kepada para muridnya untuk pergi memberitahkan atau mewartakan Injil.  Penginjil  Yesus Kristus adalah penginjil yang pertama dan yang agung.  Dia telah mewartakan kerajaan Allah dan pewartaannya ini didifinasikan sebagai Injil atau Khabar Baik.  Untuk Injil inilah Yesus mengorbankan seluruh hidupnya di dunia supaya orang yang percaya dapat mengambil bahagian dalam sukacita kerajaan Allah.  Perintah Yesus “pergilah...beritahkanlah Injil” Ia merupakan panggilan dan pengutusan untuk setiap umat Kristian untuk turut serta dalam perwataannya atau misinya menghadirkan kerajaan Allah.  Perwartaan Injil Pewartaan Injil itu adalah ditujukan kepada mereka yang belum mendengar tentang ...
Image
KEUTAMAAN DALAM KATEKESIS 1. MEMBANGUN HUBUNGAN INTIM DENGAN KRISTUS 2. BERIMAN PADA ALLAH TRITUNGGAL MAHAKUDUS: BAPA, PUTERA DAN ROH KUDUS. 3. MERAYAKAN, MENGHARGAI LITURGI – EKARISTI 4. HIDUP BERKOMUNITI DAN MISI 1. Membangun Hubungan intim dengan Kristus • “Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu...sesiapa yang tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa...Jikalau kamu tinggal di dalam Aku dan firman-Ku tinggal di dalam kamu, mintalah apa saja yang kamu kehendaki dan kamu akan mendapatnya” (Yoh 15:4-5, 7). • Hubungan Intim dengan Tuhan • Tujuan akhir katekesis itu bukan hanya membawa orang mengenali Yesus Kristus tetapi juga membangun kesatuan dan hubungan intim dengannya. • Katekesis merupakan proses pembimbingan melalui pewartaan Injil untuk mentaubatkan orang supaya mereka mengenali Kristus dengan lebih dekat dan secara peribadi serta mempunyai hubungan intim dengannya sepanjang hidup...

IMAN MENURUT AJARAN GEREJA KATOLIK

Image
IMAN MENURUT AJARAN GEREJA KATOLIK Apakah Iman itu Sebenarnya Menurut Gereja Katolik • Gereja mengajarkan bahawa iman itu adalah pemberian atau karunia yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita melalui Roh Kudus. • Ia merupakan rahmat yang diberikan oleh Allah kepada kita secara percuma. KGK no: 37-38 Menyatakan bahawa untuk mengetahui Allah dengan akal sahaja manusia mengalami berbagai kesukaran. Sesungguhnya, dengan dirinya sendiri sahaja ia tidak mampu untuk masuk ke dalam keakraban dengan misteri ilahi. Maka ia perlu diterangi dengan wahyu Allah, bukan sahaja mengenai perkara-perkara yang melampaui batas kefahamannya, tetapi juga perkara-perkara kebenaran religius dan moral. KGK No: 50-53, 68-69 • Mengatakan bahawa dalam kebaikan dan kebijaksanaan-Nya Allah berkenan menyatakan diri-Nya. • Dengan perbuatan dan perkataan, Dia menyatakan diri-Nya dan rencana kebaikan penuh kasih-Nya yang ditetapkannya sejak semula di dalam Kristus. • Menurut rencana ini, semua orang ol...

“IBUBAPA SEBAGAI KATEKIS UTAMA

Image
“IBUBAPA SEBAGAI KATEKIS UTAMA ” KELUARGA - IBUBAPA • Keluarga bermula dari perkahwinan dan perkahwinan bermula dari percintaan seorang lelaki dan seorang wanita. • Anak-anak merupakah buah cinta kasih antara suami dan isteri. • Maka wujudlah sebuah keluarga yang dibentuk, dijaga, dipimpin dan dibangun oleh ibubapa. KELUARGA MANUSIA - KRISTIAN • Kita lahir di dalam dunia ini melalui sebuah keluarga yang didirikan oleh pasangan suami isteri. Melalui keluarga kita mengenali dan mengelami kehidupan sebagai manusia. • Di dalam keluarga kita mengelami cinta kasih Allah melalui kasih sayang ibu bapa. Di dalam keluarga Kristian kita mengenali Tuhan Yesus Kristus sebagai penyelamat dunia – kasih Allah kepada manusia. KELUARGA – SEKOLAH – IBUBAPA ADALAH GURU UTAMA • Keluarga merupakah sekolah pertama bagi setiap insan belajar untuk memahami dan menghayati erti dan tujuan kehidupan manusia di dunia ini. • Keluarga merupakan tempat di mana anak-anak belajar untuk menjadi manusia yang s...

Teologi Misi dan Penginjilan

Image
Teologi Misi dan Penginjilan Disampaikan oleh Fr. Boniface Kimsin Pengerusi Komisi Kateketikal Malaysia Pembimbing Retret Kateketikal Diosis Kota Kinabalu 2010 @ BTRC 1. Erti Umum Misi Seseorang atau kelompok orang yang di suruh pergi ke suatu tempat untuk melaksanakan sesuatu tugas penting dalam jangka masa singkat atau panjang. Misalnya: • Seseorang yang diutus untuk menghantar surat, sesuatu benda atau hadiah kepada seseorang atau ke suatu tempat. • Seseorang atau sekelompok orang yang di hantar ke suatu tempat atau lokasi untuk melaksanakan sesuatu tugas atau operasi dalam jangka masa yang ditetapkan. Orang tertentu yang diutus oleh tuan atau majikannya untuk menyampaikan suatu utusan atau pesanan penting kepada seseorang atau sekelompok orang. • Seseorang yang diamanahkan untuk mewakili tuannya, dia menjadi mulut tuannya dan dia mempunyai kuasa dari tuanya. • Seseorang yang diutus itu melaksanakan tugasnya itu menurut perintah tuannya dan tidak ada tu...