• Keluarga bermula dari perkahwinan dan perkahwinan bermula dari percintaan seorang lelaki dan seorang wanita.
• Anak-anak merupakah buah cinta kasih antara suami dan isteri.
• Maka wujudlah sebuah keluarga yang dibentuk, dijaga, dipimpin dan dibangun oleh ibubapa.
KELUARGA MANUSIA - KRISTIAN
• Kita lahir di dalam dunia ini melalui sebuah keluarga yang didirikan oleh pasangan suami isteri. Melalui keluarga kita mengenali dan mengelami kehidupan sebagai manusia.
• Di dalam keluarga kita mengelami cinta kasih Allah melalui kasih sayang ibu bapa. Di dalam keluarga Kristian kita mengenali Tuhan Yesus Kristus sebagai penyelamat dunia – kasih Allah kepada manusia.
KELUARGA – SEKOLAH – IBUBAPA ADALAH GURU UTAMA
• Keluarga merupakah sekolah pertama bagi setiap insan belajar untuk memahami dan menghayati erti dan tujuan kehidupan manusia di dunia ini.
• Keluarga merupakan tempat di mana anak-anak belajar untuk menjadi manusia yang sempurna.
• Keluarga merupakan tempat pembentukan awal kemanusiaan dan iman anak-anak.
o Bagi kita umat Kristian keluarga itu adalah “Gereja domestik” (gereja rumah).
• Semuanya ini adalah dibawah tanggungjawab Ibubapa
• sebagai katekis utama bagi anak-anak mereka di rumah.
KELUARGA EJEN PENGINJILAN YANG BERMULA DARIPADA IBUBAPA
• Keluarga adalah tempat di mana kebenaran Injil diamalkan dan anugera yang dikongsikan oleh ahli keluarga kepada masyarakat.
• Keluarga adalah ejen penginjilan yang paling berkesan pada zaman sekarang.
• Keluarga-keluarga Kristian dipanggil untuk bersaksi bagi Injil dalam apa juga keadaan dan kesulitan hidup mereka.
• Untuk menjadi ejen penginjilan dalam era yang moden ini keluarga-kelaurga Kristian perlulah melahirkan murid-murid Yesus.
• Semuanya ini harus bermula daripada IBUBAPA • Panggilan Keluarga Kristian
• Membangun Komuniti Kehidupan dan Komuniti Cinta Kasih.
• Membangun Iman Kristian dan Membangun Gereja
• Membangun Komuniti Kehidupan dan Komuniti Cinta Kasih
• Keluarga yang dibentuk dan dihidupkan oleh cinta kasih merupakan komuniti manusia yang terdiri daripada: suami dan isteri, anak-anak serta nenek dan datuk.
• Tugas utama di dalam keluarga adalah untuk hidup dengan penuh kesetiaan pada perpaduan yang nyata untuk membangun komuniti manusia yang sejati secara berterusan. CINTA KASIH DASAR KELUARGA KRISTIAN
• Tanpa cinta kasih keluarga itu bukan komuniti manusia. Tanpa cinta kasih ia tidak akan hidup dan berkembang menjadi komuniti manusia yang sempurna.
• Cinta kasih tidak akan wujud di dalam keluarga sekiranya Allah tidak hadir di situ. Allah adalah sumber cinta kasih, sebab “Allah itu adalah kasih” (ruj. 1 Yoh 4:8).
PENGORBANAN DALAM KELUARGA
• Semangat pengorbanan adalah sangat penting sekali dalam membangun keluarga Kristian. Cinta kasih tampa pengorbanan adalah cinta kasih palsu yang hanya bersifat sementara sahaja.
• Tampa pengorbanan di dalam keluarga kuasa kasih Tuhan tidak dapat dialami dan kebahagiaan sejati di dalam keluarga merupakan suatu impian yang tidak akan menjadi kenyataan.
• “Tidak ada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya” (Yoh 15:13). Allah telah menyatakan kasih-Nya kepada kita melalui pengorbanan Tuhan Yesus Kristus di kayu salib (ruj. Yoh 3:16; 1 Yoh 4:9).
KELUARGA – SEKOLAH CINTA KASIH DAN NILAI-NILAI KRISTIAN
• Keluarga itu haruslah menjadi sekolah pertama di mana dasar atau asas cinta kasih dan kesatuan dipelajari.
• Ia adalah sekolah pertama di mana nilai-nilai murni dalam kehidupan manusia dan Kristian diwaris dan diajarkan kepada anak-anak.
• Ibu bapa merupaka guru pertama dan utama dalam perkara ini.
• Pembentukan aklak dan kerohanian anak-anak diperingkat awal adalah tanggungjawab utama ibu bapa di rumah. Tanggungjawab utama ibu bapa ini seharusnya tidak serahkan kepada orang lain.
MENGAMALKAN BUDAYA KASIH
• Sebagai komuniti cinta kasih setiap ahli di dalam keluarga itu haruslah mengelami secara mendalam bahawa dia dimengerti, diterima, dicintai, dihargai dan didorong supaya dia juga belajar untuk mengerti, menerima, mencintai, menghargai dan mendorong yang lain dalam keluarganya.
• Maka ibu bapa dan anak-anak haruslah berusaha mengamalkan kasih yang mendalam di dalam keluarga di mana mereka saling mengasihi, mengampuni, mengerti, mendorong, menyokong, mendoakan dan menegur secara baik di antara satu sama lain. Mereka berjuang bersama dalam menghadapi dan menangani segala masalah dan kesulitan dalam keluarga mereka.
• Pengorbanan kasih Kristus di kayu salib yang dihadirkan dalam perayaan Ekaristi haruslah menjadi dasar utama perjuangan mereka untuk saling mengasihi dan membahagiakan satu sama lain.
MEMBANGUN IMAN KRISTIAN
• Keluarga Kristian merupakan sekolah dasar iman Kristian.
• Tanpa iman yang mantap kita tidak akan dapat melayani kerajaan Allah secara komited dan efektif. Tampa iman kita tidak akan menjadi murid-murid Yesus yang sebenar.
• Iman merupakan pemberian yang percuma dari Allah dan ia haruslah dikongsi kepada sesama kita secara percuma.
• Ibu bapa merupakan katekis atau guru agama pertama dan utama dalam pembentukan iman anak-anak di rumah.
o Pembentukan dan perkembangan iman merupakan
o suatu proses yang berterusan sehinggalah kita dipanggil menghadap Allah.
MEMBANGUN GEREJA
• Keluarga mula dibentuk melalui perkahwinan. Di mana suami isteri Katolik memulakan hidup perkahwinan mereka dalam Gereja melalui perayaan sakramen perkahwinan, Allah memberkati dan mengukuhkan cinta kasih dan kesatuan suami isteri.
• Melaui sakramen perkahwinan mereka dipanggil dan dituntut untuk membangunkan keluarga Kristian dan keluarga itu sekali gus menjadi Gereja domestik atau Gereja rumah serta bertanggungjawab terhadap pembangunan Gereja tempatan.
• Kelahiran anak-anak bukan hanya untuk menambahkan jumlah umat tetapi juga melahirkan generasi baru untuk meneruskan misi dan karya penyelamatan Kristus dan para rasulnya sebagai paderi, religius, katekis dan pemimpin awam Gereja.
KELUARGA – GEREJA DOMESTIK
• Dalam surat Apostolik Gereja di Asia Bapa Suci Yohanes Paulus II menyatakan: “Keluarga Kristian, seperti Gereja pada keseluruhannya, harus menjadi tempat anugerah kehidupan serta amalan kebenaran Injil dan selanjutnya ahli keluarga membawa dan mengongsikannya kepada komuniti yang lebih besar (paroki).
• Keluarga bukan hanya menjadi objek pelayanan pastoral Gereja; ia adalah juga ejen penginjilan Gereja yang paling berkesan.
• Keluarga Kristian hari ini adalah dipanggil untuk bersaksi tentang Injil dalam apa sahaja keadaan, walaupun keluarga itu sendiri diancam oleh berbagai-bagai tekanan.
• Untuk menjadi ejen penginjilan pada setiap masa, keluarga Kristian perlu benar-benar menjadi “Gereja domestik”, menghidupi panggilan Kristian dalam kerendahan hati dan penuh kasih.” Panggilan Kristian – menjadi kudus – kekudusan: hubungan intim dengan Tuhan
KELUARGA TERLIBAT DALAM PELAYAN GEREJA
• Keluarga haruslah bergiat di dalam kehidupan paroki, turut serta dalam sakramen-sakramen, terutama sekali dalam Ekaristi Kudus, sebab Ekaristi merupakan pusat dan puncak segala aktivi dan kehidupan Gereja.
• Mereka harus terlibat dalam melayani orang lain dalam menhidupi semangat Ekaristi itu.
• Ini juga bermakna bahawa apabila keluarga berkumpul ibu bapa haruslah berusaha mengambil peluang untuk berdoa bersama, membaca dan merenungi Alkitab, mengadakan upacara yang sesuai yang dipimpin oleh bapa atau ibu, dan juga menganjurkan rekreasi yang sihat dan membangun hubungan intim didalam keluarga.
• Menjadi Murid-Murid Yesus
• “Pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Ku perintahkan kepadamu” (Mt 28:19-20a).
• Tuhan Yesus telah memberi perintah kepada para muridnya “jadikanlah semua bangsa muridku, ajarlah mereka melakukan yang ku perintahkan. Tuhan Yesus memberi penekanan ”jadikanlah...muridku dan ajarlah mereka melakukan perintahku.”
• Sebab seorang Kristian itu dipanggil untuk menjadi murid Yesus Kristus dan tuntutan sebagai murid adalah melakukan kehendak Tuhan.
MENJADI MURID-MURID YESUS
• Bukan intelektual (kepintaran) ataupun kebaikan semulajadi yang penting. Tetapi apa yang paling penting adalah panggilan, inisiatif dari Yesus sendiri (Mrk 1:17-20; Yoh 1:38-50) dan dari Allah Bapa yang memberi kepada-Nya murid-murid (Yoh 6:39; 10:29; 17:6, 12).
• Menjadi murid itu bererti ada hubungan peribadi yang intim dengan Kristus. Dia berkata kepada para murid-Nya: “Mari, ikutlah Aku.” Dalam Injil kata kerja ikut selalu mengungkapkan hubungan peribadi yang intim dengan Yesus (ruj. Mat 8:19-22).
• Mengikuti Yesus bererti meneladani sikapnya, mendengar ajarannya dan hidup sesuai dengan kehendak Kristus (Mrk 8:34-38; 10:37, 42-45; Yoh 12:26).
IBU BAPA MERUPAKAN MURID YESUS YANG PERTAMA DI DALAM KELUARGA
• Setiap umat Kristian yang telah dibaptis dipanggil untuk menjadi murid Yesus Kristus.
• Ibu bapa merupakan murid pertama Kristus di dalam keluarga. Maka mereka bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing anak-anak mereka menjadi murid-murid Tuhan juga.
• Itulah sebabnya mengapa ibu bapa harus menjadi katekis pertama dan utama bagi anak-anak mereka di rumah.
• Benih kemuridan perlulah disemai di dalam fikiran dan hati seorang anak bermula sejak dalam kandungan ibunya lagi.
• Menjadi Seorang Kristian
• Menjadi seorang Kristian itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
• Ia merupakan suatu panggilan hidup yang sangat mencabar sekali tetapi membawa kebahagiaan sejati dan kehidupan kekal.
• Ia merupakan suatu proses seumur hidup kerena melalui pembaptisan kita dipanggil menjadi seperti Kristus.
• Istilah Kristian itu datang dari nama Kristus maksudnya menjadi Kristian itu adalah proses untuk menjadi:
• Pengikut Kristus: mengikuti jalan hidup Kristus dan meneladani sikap Kristus.
• Murid Kristus: menerima ajaran dan perintah Kristus dan menghayatinya dalam hidup setiap hari.
• Rasul Kristus: turut serta dalam misi Kristus mewartakan khabar baik dan menghadirkan kerajaan Allah di dalam dunia.
• Peranan Ibu Bapa membantu Anak-Anak Menjadi Kristian yang baik
• Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka menjadi Kristian yang baik?
• Apakah langkah-langkah konkrit atau nyata yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk pembentukan iman anak-anak mereka?
• Komitmen Waktu Perkahwinan
• Sewaktu perkahwinan suami isteri menjawab; Ya, saya mahu, kepada soalan: Mahukah kamu menerima dengan penuh cinta kasih anak-anak daripada Allah dan mengasuh mereka menurut ajaran Kristus dan Gereja-Nya?
• Waktu pembaptisan anak
• Sewaktu pembaptisan anak ibu bapa menjawab; Ya, kami sedar, kepada soalan: Bersediakah kamu untuk mendidik anak kamu dalam iman kita. Mereka haruslah diajar mengasihi Allah dan sesama, menurut tauladan yang diberikan Kristus kepada kita. Adakah kamu sedar akan kewajipban ini?
KOMITMEN….YA!
• Jawapan ‘Ya’ itu harus diterjamakan dalam tindakan yang nyata. Ibu bapa haruslah berusaha dan berkorban untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai katekis utama bagi anak-anak mereka.
• Menjadi contoh kepada anak-anak
o Ibu bapa haruslah memberi contoh yang baik kepada anak-anak bagaimana menjadi seorang kristian yang baik rumah.
• Memimpin doa sebelum dan sesudah minum/makan setiap hari dan sebelum tidur.
• Memimpin membaca dan merenung Sabda Tuhan di dalam keluarga sekurang-kurangnya sekali seminggu misalnya untuk bacaan Injil hari Minggu berikutnya.
• Memberkati anak-anak (berdoa) sebelum mereka pergi ke sekolah.
• Mengajar anak-anak berdoa
o Ibu bapa bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak berdoa sejak diperingkat awal lagi.
• Anak yang masih di dalam kandungan boleh didoakan dan didengarkan dengan Sabda Tuhan dan juga lagu-lagu rohani (anak yang masih di dalam kandungan boleh mendengar dan merakamkan dalam otaknya apa yang dia dengar dan dia boleh berkomunikasi dengan ibunya).
• Anak yang sudah pandai bercakap sudah boleh diajar berdoa dengan doa-doa yang senang, misal memohon berkat, berterima kasih dan perlindungan Tuhan sebelum dan sesudah makan dan sebelum tidur dan sesudah bagun dari tidur.
• Anak-anak diajar untuk berdoa secara peribadi sesudah bangun dari tidur, sebelum tidur, sebelum belajar dan sebelum dan sesudah makan. Dan juga berdoa untuk kebahagian keluarga.
• Mendampingi anak-anak dalam pebentukan iman mereka
o Ibu bapa bertangunggungjawab untuk mendampingi anak-anak mereka di dalam perjalanan iman mereka. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk iman anak-anak mereka kepada para katekis sahaja.
• Ibu bapa haruslah menceritakan tentang Tuhan Yesus kepada anak-anak yang masih kecil.
• Ibu bapa perlu tahu apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka dalam kelas katekesis (agama).
• Ibu bapa perlulah mengulang kaji bersama anak-anak apa yang mereka telah pelajari dalam kelas katekesis dan bersama mereka membuat kerja rumah yang diberikan.
• Ibu bapa haruslah mendorong anak-anak untuk mengikuti kelas katekesis setiap minggu.
• Mendisiplinkan anak-anak berdasarkan Sabda Allah
o Aklak anak-anak mestilah dibentuk sejak mereka masih kecil lagi dan ia haruslah bermula di rumah. Ia adalah tanggungjawab utama ibu bapa. Anak-anak mestilah diajar untuk melakukan apa yang baik dan menjauhkan diri daripada kejahatan. Anak-anak mestilah diberi tahu apa yang mereka boleh lakukan dan yang tidak boleh mereka lakukan terutama sekali apa yang bertentangan dengan hukum Tuhan dalam Kitab Suci dan ajaran Gereja.
• Gunakan 10 Perintah Allah sebagai dasar untuk mendisiplinkan anak-anak di rumah (ruj. Kel 20:1-17).
• Beri penekanan tentang perintah baru yang diajarkan oleh Yesus dalam Injil (ruj. Mat 22:37; Mk 12:30-31; Lk 10:27; Yoh 13:34).
• Anak-anak mestilah dibimbing untuk setia kepada Allah.
No comments:
Post a Comment