KEUTAMAAN DALAM KATEKESIS
1. MEMBANGUN HUBUNGAN INTIM DENGAN KRISTUS
2. BERIMAN PADA ALLAH TRITUNGGAL MAHAKUDUS: BAPA, PUTERA DAN ROH KUDUS.
3. MERAYAKAN, MENGHARGAI LITURGI – EKARISTI
4. HIDUP BERKOMUNITI DAN MISI
1. Membangun Hubungan intim dengan Kristus
• “Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu...sesiapa yang tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa...Jikalau kamu tinggal di dalam Aku dan firman-Ku tinggal di dalam kamu, mintalah apa saja yang kamu kehendaki dan kamu akan mendapatnya” (Yoh 15:4-5, 7).
• Hubungan Intim dengan Tuhan
• Tujuan akhir katekesis itu bukan hanya membawa orang mengenali Yesus Kristus tetapi juga membangun kesatuan dan hubungan intim dengannya.
• Katekesis merupakan proses pembimbingan melalui pewartaan Injil untuk mentaubatkan orang supaya mereka mengenali Kristus dengan lebih dekat dan secara peribadi serta mempunyai hubungan intim dengannya sepanjang hidup mereka.
• Tanpa adanya hubungan intim dengan Kristus hidup Kristian itu tidak ada ertinya, sebab Tuhan Yesus berkata “di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa...sesiapa tidak tinggal di dalam Aku, ia dibuang keluar seperti ranting dan menjadi kering” (Yoh 15:5-6).
• Dibimbing untuk Membangun Hubungan Intim dengan Tuhan
• Para katekumen, kanak-kanak calon penyambutan pertama, dan calon sakramen krisma haruslah dibimbing langkah demi langkah untuk mendekati Tuhan dan bagaimana mereka dapat membangun hubungan yang intim dengan Yesus Kristus secara konsisten di dalam perjalanan iman mereka setiap hari.
• Dibimbing Untuk Lebih Dekat Dengan Tuhan
• Kanak-kanak, para katekumen, calon sakramen krisma dan penyambutan pertama perlu diberi tunjuk ajar apa itu doa, mengapa perlu berdoa dan dibimbing bagaimana berdoa dengan baik.
• Tahu berdoa itu tidak cukup mereka haruslah dibimbing bagaimana untuk taat berdoa dan menghayati sabda Allah setiap hari.
• Kesaksian Dalam Hidup
• Sebagai para katekis pembimbing kita semua dituntut untuk taat berdoa dan menghayati sabda Allah setiap hari.
• Hubungan intim kita dengan Tuhan itu haruslah nyata sebagai kesaksian kepada para katekumen dan mereka yang kita bimbing.
2. Beriman pada ALLAH TRITUNGGAL MAHAKUDUS
“Jadilah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus” (Mt 28:19).
• Katekesis itu sebenarnya berasal dari pengakuan iman dan membawa kepada pengakuan iman.
• Gereja membaptis angota-angotanya dalam nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus – dalam nama Allah Tritunggal kepada siapa orang Kristian menyerahkan seluruh hidup mereka.
• Beriman Pada Allah Tritunggal
• Beriman dan komited kepada satu-satunya Allah yang bersifat Tritunggal ini merupakan salah satu dasar utama dalam katekesis Kirstian.
• Pengakuan iman akan satu Allah itu menuntut kita mentaati-Nya sahaja dan tidak ada allah-allah yang lain lagi bagi kita.
• Dalam pengakuan iman kita nyatakan bahawa kita “percaya kepada Allah Bapa, Yesus Kristus Puter-Nya dan Roh Kudus.”
• Katekesis bertujuan untuk membantu para katekumen terutama sekali, mengakui misteri Allah Tritunggal dan membawa mereka mentaati-Nya sahaja.
• Pengakuan Iman
• Mengakui bahawa hanya ada satu Allah, orang Kristian menolak penyembahan terhadap kuasa-kuasa lain selain daripada Allah atau penyembahan berhala.
• Perkara ini perlulah diberi penekanan dalam penyampaian katekesis kepada para katekumen. Supaya apabila mereka sudah dibaptis nanti mereka tidak lagi mengamalkan cara hidup lama yang masih dikuasai oleh kepercayaan lama dan ketakutan serta melayani kuasa-kuasa lain.
• Sebagai orang Kristian kita telah dibebaskan oleh Kristus supaya kita dapat hidup menurut bimbingan Roh Kudus (ruj. Gal 5:16-26).
• Sebab itulah mereka harus dibimbing untuk membangun hubungan intim dengan Allah dalam kesatuan dengan Yesus Kristus dan melalui bantuan Roh Kudus.
3. Merayakan, Menghargai dan Menghayati Liturgi – Ekaristi
• Liturgi merupakan pusat kehidupan dan segala aktiviti Gereja sejagat serta Gereja tempatan.
• Ia adalah kewajipan harian umat Allah untuk mengungkapkan kesatuan dan hubungan intim dan cinta kasih dengan Allah.
• Maka ia haruslah menjadi salah satu dasar utama dalam katekesis Kristian.
EKARISTI SUMBER KEHIDUPAN KITA
Jika kepentingan liturgi terutama sekali Ekaristi tidak ditekankan dalam katekesis akibatnya adalah sesudah pembaptisan, menerima komuni pertama dan krisma mereka tidak akan datang lagi ke Gereja pada setiap hari Minggu dan pada perayaan-perayaan liturgi yang lain. Kadang- kadang saja datang.
Bagi kita umat Katolik merayakan Ekaristi itu bukan sahaja kewajipan tetapi ia adalah kehidupan dan cara hidup kita.
Konstitusi tentang Liturgi Suci, no. 10).
• Liturgi itu adalah puncak yang dituju oleh kegiatan Gereja, dan serta-merta sumber segala daya-kekuatannya.
• Semua orang melalui iman dan pembaptisan menjadi putera-puteri Allah, berhimpun menjadi satu, meluhurkan Allah di tengah Gereja, ikut serta dalam Korban, dan menyantap perjamuan Tuhan.
• Liturgi itu sendiri mendorong umat beriman, supaya sesudah dipuaskan dengan sakramen-sakramen Paska menjadi satu dalam kekudusan, dalam doa Ekaristi itu adalah supaya mereka mengamalkan dalam hidup sehari-hari apa yang mereka peroleh dalam iman.
• Pembaharuan dalam Ekaristi iaitu perjanjian Tuhan dengan manusia adalah daya penarik umat dan mengobarkan umat beriman dalam cinta kasih Kristus yang membara.
• Dari Liturgi, terutama sekali dari Ekaristi, rahmat Allah dicurahkan kepada kita, sebagai sumber pengudusan manusia dan pemuliaan Allah dalam Kristus, di mana semua karya Gereja yang lain diarah pada tujuan akhirnya dapat dicapai secara efektif
“supaya hasil baik dapat diperolehi sepenuhnya, umat beriman perlulah datang menghadiri liturgi suci dengan sikap-sikap yang bersesuaian (dengan perayaan). Hendaklah mereka menyesuaikan hati dan fikiran dengan apa yang mereka ucapkan, serta bekerja sama dengan rahmat syurgawi, supaya jangan sia-sia menerimanya (ruj. 2 Kor 6:1)” (SC 11).
“Gereja sangat menginginkan supaya semua orang beriman dibimbing ke arah keikut sertaan yang sepenuhnya, sedar dan aktif dalam perayaan-perayaan liturgi. Keikut sertaan seperti itu dituntut oleh hakikat liturgi sendiri dan bedasarkan pembaptisan merupakan hak serta kewajipan umat Kristian “sebagai bangsa terpilih, imamat rajawi, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri” (I Ptr 2:9)” (SC 14).
4. Hidup Berkomuniti dan Misi
Setiap orang Kristian dibaptis di dalam komuniti dan melalui komuniti Kristian itu imannya akan berkembang. Maka oleh itu para katekuman haruslah didedahkan pada hidup berkomuniti. Perlu ditegaskan keapda mereka bahawa mereka harus turut serta dalam komuniti Kristian di mana mereka tinggal. Sebab hidup berkomuniti itu adalah sifat hidup Tritunggal Maha Kudus. Allah sendiri adalah komuniti Allah Bapa, Putera dan Roh Kudus.
Dalam cara kehidupan sedemikian hidup umat Kristian itu menjadi suatu kesaksian akan kasih dan penyelamatan Allah kepada masyarakat setempat. Menghadirkan kerajaan Allah dalam kehidupan mereka setiap hari dan dalam masyarakat merupakan panggilan Kristian. Melalui hidup berkomunitilah mereka dapat turut serta dalam misi Kristus dan Gereja.
Komuniti-komuniti ini apabila bergerak dalam paroki dengan bimbingan para paderi dan Uskup akan menghidupkan paroki di dalam ibadat dan misinya untuk mewartakan Kerajaan Allah.
Bila umat menyedari panggilan untuk menempuh jalan ke arah persekutuan iman, maka semangat saling membantu antara satu sama lain akan didorong oleh Roh Kudus supaya umat sama-sama semakin:
mengenali Tuhan dan Khabar Gembira-Nya.
membuka diri kepada cinta kasih Tuhan yang setia.
berusaha menanamkan semangat cinta kasih dalam setiap keadaan hidup.
mengabdikan diri kepada Allah dan sesama.
No comments:
Post a Comment