Minggu Katekatikal 2011
Minggu Katekatikal 2011 Berakar dan dibangun di atas Yesus Kristus dan teguh dalam iman (Kol 2:7) Tema Minggu Katekatikal kita pada tahun ini akan memberi fokus kepada mesej Bapa Suci Benediktus XVI pada Hari Belia Sedunia yang akan dianjurkan di ibu negeri Sepanyol iaitu Madrid pada bulan Ogos 2011. Tema yang dipetik dari Kolose 2:7 adalah “Berakar dan dibangun di atas Yesus Kristus dan teguh dalam iman”. Media massa menghubungkan segenap penjuru dunia. Ini memberikan kita peluang untuk melihat apa yang berlaku di serata dunia. Jika kita lihat pada globalisasi dunia kita pada masa kini, kita berdepan dengan masalah manusia sejagat, perkauman dan iman. Manusia mempunyai kecenderungan untuk mengetepikan Allah dari kehidupan dengan berkerja tanpa campurtangan Allah. Dalam usaha untuk menghidupi kepentingan masa kini, iaitu untuk selalu menjadi nombor satu adalah suatu kemestian dan ukuran kejayaan, semua benda lain menjadi tidak berguna dan kehilangan erti. Mereka mendapati bahawa me...