Thursday, February 4, 2016

Malaysian Catechetical Commission Meeting 2016

MESYUARAT KOMISI KATEKETIK SEMALAYSIA
KENINGAU: Pada  25- 28 January 2016, Komisi Kateketik SeMalaysia telah mengadakan Mesyuarat Tahunan di Rumah Retret Keuskupan Keningau di Tatal.  Perwakilan dari semua kesembilan Keuskupan dan Keuskupan Agung hadir ke mesyuarat ini.
Perbincangan memokus pada pembentukan katekis yang berterusan dan yang mengintegrasikan pembentukan peribadi, kerohanian, pengetahuan dan kemahiran mereka.  Setiap perwakilan keuskupan diminta menyediakan modul pembentukan katekis yang lengkap yang akan dikongsikan dalam mesyuarat Komisi yang akan diadakan pada bulan Oktober tahun ini.
Siri Kateketik Malaysia terbitan Konferens Uskup SeMalaysia yang telah digunakan secara bertahap sejak 2005 juga dibincangkan.  Para katekis semakin tercabar  dalam usaha mereka untuk menyampaikan katekesis mingguan yang lebih menarik dan berkesan di dalam keadaan dunia yang semakin modern dan berubah.  Oleh itu, setiap perwakilan Komisi keuskupan masing-masing akan membuat penyelidikan untuk memahami situasi dan pemikiran generasi muda kita sekarang supaya dapat menyediakan bahan katekesis yang lebih sesuai dengan keadaan dan keperluan para pelajar.  Panduan borang soalselidik ini akan disediakan oleh Fr. Alvin Ho, SJ dari Keuskupan Kuala Lumpur.
Topik-topik pembelajaran tambahan untuk generasi muda sekarang yang tidak terkandung dalam Siri Kateketik Malaysia boleh disampaikan dalam Kem, Rekoleksi dan sesi pembentukan iman yang diadakan secara khusus.
Berhubungan dengan katekesis bagi kanak-kanak pra-sekolah, Sr. Maria Chan berkongsikan tentang Katekesis Gembala Baik.
Bahan pengajaran-pembelajaran untuk Inisiasi Kristian Dewasa (IKD)  yang disediakan oleh Tim Komisi Kateketikal dari ketiga-tiga Keuskupan di Sabah dibawah pimpinan Uskup Cornelius Piong telah dikongsikan.  Pada mula tahun ini, bahan itu boleh digunakan sebagai percubaan sebelum dibukukan.  
Minggu Kateketik akan dirayakan pada 18 September 2016, bertema ‘Berbelas Kasihan seperti Bapa’ (Lukas 6:36) sesuai dengan tema perayaan Gereja sejagat pada Tahun Belas Kasihan.  Renungan tema ini akan di sediakan oleh Fr. Simon Yong, SJ dari Keuskupan Melaka Johor.


Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru juga telah diadakan seperti berikut:                                       
Pengerusi – Fr. Alvin Ho, SJ – Keuskupan “Agung Kuala Lumpur                                               
Timbalan Pengerusi – Fr. Mark Michael – Keuskupan P. Pinang                                                 
Setiausaha – Michell Wong – Keuskupan Agung Kuala Lumpur                                                         Pembantu Setiausaha – Sr. Dariah Ajap – Keuskupan Agung Kota Kinabalu
Para perwakilan sempat melawat Bukit Sosopon, suatu pusat ziarah di mana terdapat pintu Jubilee Tahun Belas Kasihan Keuskupan Keningau.  Para perwakilan juga disambut dengan meriah oleh umat di Gereja Katolik St. Blasius, Magatang, Keningau dan saling beramah mesra.  
Mesyuarat Komisi Kateketik SeMalaysia akan diadakan selanjutnya di Keuskupan Agung Kuala Lumpur pada 10-13 Oktober 2016.



MALAYSIAN CATECHETICAL COMMISSION MEETS IN KENINGAU.

KENINGAU:  The MCC, with Bishop Cornelius Piong as Episcopal President, met in the Keningau Diocesan Retreat Centre in Tatal from Jan 25 to Jan 28. 
Discussion focussed on the ongoing formation of catechists, integrating aspects of personality development, spirituality, knowledge and skills.  Every arch/diocese will prepare a complete module of catechist formation to be presented and discussed at the next meeting scheduled in October this year.
The Malaysian Catechetical Series, published by the Catholic Bishops’ Conference of Malaysia and used in stages since 2005 was discussed.  Looking at the changes in the world today brought about by modernization, catechists encounter much difficulty with the present Series and face a challenging task to make their weekly catechesis more attractive and effective.  The MCC will conduct a research study on the current situation concerning the young generation of today to find a better way of catechizing that is relevant and according to the needs of this generation.  Fr. Alvin Ho, SJ from the archdiocese of Kuala Lumpur will prepare material to facilitate this research to be carried out by the Diocesan Catechetical Commission.
Topics deemed to relevant for young people but not covered in the MCS may be delivered during camps, recollections or faith formation sessions outside the Sunday School hours. Sr. Maria Chan FMM shared about Good Shepherds Catechesis for pre-schoolers.
Materials used for RCIA in both BM and English were also discussed at some length. The materials in BM that were prepared by the Sabah Catechetical Commission Team of the Arch/dioceses in Sabah under the guidance of Bishop Cornelisu Piong, are ready to be put on a trial run this year before publication. Those interested may contact Sr. Dariah, FSIC, Catechetical Commission of Kota Kinabalu.
Catechetical week will be celebrated on 18 September 2016 with the theme ‘Merciful as the Father is Merciful’ (Lk 6:36), chosen in line with the Year of Mercy.  Fr. Simon Yong SJ from the diocese of Melaka-Johor will prepare the reflection on the theme.
Election of Office bearers of the MCC followed, and before dispersing, members of the MCC visited Sosopon Hill, a place of pilgrimage where there is a Holy Door of Mercy in the new Church. Members also visited the Catholic community at St. Blasius Church, Magatang, Keningau,

The next MCC meeting will be hosted by the Archdiocese of Kuala Lumpur from Oct 10-13, 2016.

Monday, June 15, 2015

Saturday, May 23, 2015

PENGUTUSAN INI DIADAKAN PADA HARI PENTEKOS

PENGUTUSAN NEOFITES (BAPTISAN BARU)
Pengutusan boleh dilakukan selepas homili
Paderi:  Dipersilakan para Baptisan Baru tampil ke hadapan.
(sekiranya terlalu ramai dan tempatnya yang kecil, Baptisan baru  diminta hanya berdiri di tempat mereka).
Pemimpin:  Paderi Paroki yang dihormati, para baptisan baru ini telah melalui          
Inisiasi  Kristian Dewasa dan telah dibaptis pada malam Paska. Seluruh Gereja bergembira atas pembaptisan mereka,.  Maka dari itu saya sebagai wakil komuniti ini, meminta paderi paroki mengutus mereka untuk hidup dalam  komuniti-komuniti Gereja dan menjadi saksi kebangkitan Kristus di dalam keluarga dan di dalam masyarakat yang memerlukan Khabar Gembira. 

Paderi:       (sambil merentangkan tangannya  dan berdoa)

Dengan berkat  Tuhan dan dalam nama Gereja, saya mengutus kamu untuk membuahkan buah iman untuk membina kerajaan Allah di paroki kita, dalam nama Bapa, dan Putera dan Roh Kudus. Amin.
Paderi menjemput semua umat bertepuk tangan sebagai tanda kesyukuran.
 Selepas itu semua umat dijemput berdiri dan mendoakan  doa Aku percaya (Nicene-Constantinople)
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ENGLISH TEXT

COMMISSIONING OF NEOPHYTES (NEWLY BAPTISED)
This commissioning may take place after homily

Priest:         All newly baptized and confirmed please come forward.
(if there are many newly baptized present and space is limited, they are asked to stand only)

Leader:       Dear Priest, these newly baptized have gone through the Rite of Christian Initiation of Adult and were baptized on Easter Vigil.  The whole Church rejoices over their baptism.  Therefore I, on behalf of this community, ask of you, dear Father, to commission them to live in the communities of the Church and become witnesses of Christ’s Resurrection in the family and in the society that are in need of the Good News.
Priest:         (Priest stretches out his hand and pray)
With the blessing from above and in the name of the Church, I commission you to bear fruits of the faith so as to build God’s kingdom in our parish, in the name of the Father, and of the Son, and of the Holy Spirit. Amen.

The Priest invites the congregation to clap their hands as a sign of thanksgiving.
After that the congregation is invited to stand and profess the Nicene-Constantinople Creed.




Tuesday, April 28, 2015

Pengalaman melawat Kg Sonsogon, Kota Marudu


Kota Marudu: Pada 18hb dan 19hb Mac yang lalu, saya bersama-sama dengan beberapa orang dari Kota Kinabalu telah melawat ke kampung Sonsogon, Kota Marudu.  Kawasan ini terlalu jauh untuk dijangkau memandangkan keadaan geografinya yang berbukit bukau. Suatu perjalanan yang amat mencabar dan menguji iman. Ia memerlukan lebih dari 3 jam untuk sampai ke situ dengan menaiki kereta 4WD jika keadaan cuaca yang baik.  

Selain daripada melawat sekolah tadika di situ, kami juga berkesempatan untuk memberikan katekesis kepada umat-umat di kampung tersebut.  Dalam katekesis itu, kami telah menerangkan tentang cabaran-cabaran Iman Katolik pada hari ini iaitu penukaran agama yang berleluasa dan tarikan duniawi yang begitu canggih yang boleh membuat umat lupa akan Tuhan.  Makna pra-paska dan Paska juga telah diterangkan kepada mereka.  Dalam  pertemuan singkat ini, umat sangat gembira dan menghargai mendapat sedikit pengalaman baru.  Mereka menyuarakan berbagai persoalan berkaitan dengan kehidupan Kristiani serta
keperluan untuk mengadakan sesi pendalaman iman Katolik di masa-masa akan datang.  Pemahaman mereka tentang iman  Katolik sangatlah kurang.  Mereka juga memerlukan sumbangan bahan-bahan bacaan kerohanian dan Alkitab untuk memantapkan iman mereka. Tidak hairanlah kalau mereka mudah terp
edaya dengan tawaran-tawaran kekayaan yang memenuhi keperluan harian mereka, yang berupa wang ringgit, kebendaan dan kemudahan asas.

  Lebih kurang 400 orang yang menetap di situ dan majoritinya telah dibaptis Katolik.   Kita bersyukur kerana ada umat seperti saudara Alpheus yang telah menerokai tempat ini sehinggalah iman Katolik tersebar ke kawasan terpencil ini. Kita juga bersyukur kepada Tuhan atas komitmen mendiang Bro. Herbertus Gompuk yang telah bersama-sama dengan umat di situ selama 10 tahun untuk mengajar mereka tentang kebersihan, bercucuk tanam dan belajar untuk berdikari. Jasa mendiang akan tetap dikenang oleh umat di Kg. Sonsogon kerana telah membawa perubahan cara hidup yang lebih baik pada hari ini.  Diharap semangat missionari tempat ini akan diteruskan oleh generasi hari ini.  Tuhan memberkati.

MINGGU KATEKETIKAL 2015

 Please click this link to know more about the Catechetical Sunday Message 2015
Catechetical Sunday in BM and English 2015
Catechetical Sunday in Chinese 2015

Wednesday, April 15, 2015

KALENDAR KOMISI KATEKETIKAL KEUSKUPAN AGUNG KOTA KINABALU 2015

JANUARI 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
 4 Januari
Penampakan Tuhan
Epiphany of the Lord
Taklimat kepada ibubapa dan pelajar PMG
Briefing for parents and Children of Sunday School


11 Januari
PembaptisanTuhan
Baptism of the Lord
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 1:
Ø Sesi Kateketikal untuk pelajar PMG & IKK bermula/
Catechetical sessions begins for Sunday School & RCIC
Ø Perhimpunan/Assembly
18 Januari
MingguBiasa ke-2
2nd Sunday Of The Year
Minggu Kateketikal/Catecethetical Week 2
25 Januari
Pertobatan Santo Paulus
Conversion of St. Paul
Minggu Kateketikal/Catecethetical Week 3
26-30 Januari
Isnin-Khamis/Mon-Thur
Malaysian Catechetical Commission Meeting(MCC)

FEBRUARI 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
1 Februari
Minggu Biasa ke-4
4th Sunday Of The Year
Minggu Kateketikal/Catecethetical Week4
7 Februari
Sabtu @ SHC
Mesyuarat Koordinator2  Paroki/Report & Planning
8 Februari
Minggu Biasa ke-5
5th Sunday Of The Year
Ø  Minggu Kateketikal/Catecethetical Week5
15Februari
Minggu Biasa ke-6
6th Sunday Of The Year
Minggu Kateketikal/Catecethetical Week 6
Ø  Katekesis tentang pengertian Hari Rabu Abu
Ø  Pengutusan para Katekumen oleh Paderi Paroki & Raptai/Parish sending off Catechumens & Rehearsal for the Rite of Election

18 Februari
*20 Feb
Rabu Abu/Ash Wednesday
Friday

Umat menerima abu
19-20 Februari

Cuti/Holiday – Chinese New Year
22Februari

MingguPrapaska-1
1st Sunday of Lent
Minggu Kateketikal/Catecethetical Week7
UPACARA  PEMILIHAN(RITE OF ELECTION)@SHC

MAC 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
1 Mac
Minggu Prapaska-2
22ndSunday of Lent
Minggu Kateketikal/Catecethetical Week8

8 Mac
Minggu Prapaska-3
3rd Sunday of Lent
Minggu Kateketikal /Catecethetical Week9
Ø  Tobat 1 (1stScrutinity)
15 Mac
Minggu Prapaska-4
4th Sunday of Lent
Minggu Kateketikal/Catecethetical Week 10
Ø  Tobat 2 (2ndScrutinity)
22 Mac
Minggu Prapaska-5
5th Sunday of Lent
Minggu Kateketikal/Catecethetical Week 11
Ø  Tobat 3 (3rdScrutinity)
29 Mac
Minggu Palma
Palm Sunday
Katekesis  tentang Minggu Daun  Palma
Ø  Hari Belia Sedunia/World  Youth Day


APRIL 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
3 April
Jumaat Agung/Good  Friday
Cuti/Holiday
5 April
Paska/Easter
Cuti/holiday – Minggu Paska/Easter Sunday
12 April
Minggu Paska ke-2
Divine Mercy Sunday
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 12

19 April
Minggu Paska ke-3
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 13
22 April
Rabu/Wed
Earth Day
26 April
Minggu Paska ke-4
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 14




MEI 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
1 Mei

Labour day

3 Mei

Minggu Paska ke-5
Holiday/Cuti
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 15
10 Mei
Minggu Paska ke-6
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 16
14 Mei
Ascension of the Lord
Holy Day of Obligation
17 Mei
Minggu Paska ke-7
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 17
·         Minggu Komunikasi  Sedunia
24 Mei
Pentakosta /Pentecost
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 18
31 Mei
Tritunggal Mahakudus
Holy Trinity
Cuti / Holiday

JUN 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa

7 Jun
Minggu Tubuh & Darah Kristus
Corpus Christi
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 19
Komuni Suci Pertama
14 Jun
Minggu Biasa ke-11
Minggu Kateketikal /Catechetical Week 20
21 Jun
Minggu Biasa ke-12
Minggu Kateketikal /Catechetical Week 21
28 Jun
Minggu Biasa ke-13
Minggu Kateketikal /Catechetical Week 22
Ujian  bertulis

JULAI 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
5 Julai
Minggu Biasa ke-14
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 23
12 Julai
Minggu Biasa ke-15
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 24
15 Julai
Assumption of Mary
Holy Day of Obligation
19 Julai
Minggu Biasa ke-16
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 25
26 Julai
Minggu Biasa ke-17
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 26




OGOS 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
2 Ogos
Minggu Biasa ke-18
Minggu Kateketikal /Catechetical Week 27
9 Ogos
Minggu Biasa ke-19
Minggu Kateketikal /Catechetical Week 28
16 Ogos
Minggu Biasa ke-20
Minggu Kateketikal /Catechetical Week 29
23 Ogos
Minggu Biasa ke-21
Minggu Kateketikal /Catechetical Week 30
28-31 Ogos
Retret Tahunan Pembimbing
Pembimbing Kateketikal di Keuskupan Agung KK
30 Ogos
Minggu Biasa ke-22
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 31
31 Ogos
Isnin/Monday
Cuti/Holiday – HariKebangsaan

SEPTEMBER 2015 (BULAN KATEKETIKAL)
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
6 Sept
Minggu Biasa ke-23
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 32
13 Sept
Minggu Biasa ke-24
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 33
16 Sep
Wednesday
Cuti/Holiday – Malaysia Day
20 Sept
Minggu Biasa ke-25
CATECHETICAL SUNDAY/MINGGU KATEKETIKAL SEMALAYSIA
27 Sept
Minggu Biasa ke-26
MingguKateketikal/Catechetical Week 35




OKTOBER 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
4 Okt
Minggu Biasa ke-27
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 36
11 Okt
Minggu Biasa ke-28
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 37
Interview  calon  Penguatan
18 Okt
MingguBiasa ke-29
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 38

25 Okt
MingguBiasa ke-30
Minggu Kateketikal/Catechetical Week 39
LSS




NOVEMBER 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
1 Nov
All Saints Day
Holy Day of Obligation
2 Nov
Hari Peringatan Para Arwah
All Souls Day

8 Nov
Minggu Biasa ke-32

15 Nov
Minggu Biasa ke-33

22 Nov
Christ The King
Mesyuarat  para  Koordinator Keuskupan
Pendaftaran Baru 2016/Registration for 2016
29 Nov
Minggu-1 Adven
1st Sunday of Advent
Pendaftaran Baru 2016/Registration for 2016


DISEMBER 2015
Date/Tarikh
Liturgy/Liturgi
Event/Peristiwa
6 Dis
2rd Sunday of Sunday
Pendaftaran Baru 2016/Registration for 2016
13 Dis
3rd Sunday  of  Sunday
Pendaftaran Baru 2016/Registration for 2016
20 Dis
4th Sunday  of  Advent
Pendaftaran Baru 2016/Registration for 2016
25 Dis
Christmas  Day
Holy  Day of Obligation
27 Dis

Holy  Family
28 Dis

The Holy Innocents

Ø   Cadangan Penutupan Minggu Kateketikal – mengadakan konsert, fellowship, penghargaan, dll.
Ø   Semasa cuti – mengadakan kem, lawatan sambil belajar, mini ziarah ke CDC/gereja tempatan,dll.
Ø   Suggestions during the closing the Catechetical week – concert, fellowship, appreciation, etc.
Ø   During the holiday – to organize a camp, study tour/local pilgrimage, etc.

CartaOrganisasi
Penaung  - Uskup Agung John Wong                                                                                                                                       
Penasihat Rohani – Fr Nicholas Stephen
Kordinator Keuskupan - .Sr. Dariah Ajap
Koordinator Kateketikal paroki – 21 paroki

Aktivititahunan:
Mesyuarat 2 kali setahun (feb & Nov) – Perancangan tahunan dan evaluasi perlaksanaan
Retretdan rekoleksi tahunan – para pembimbing – peringkat keuskupan
Rekoleksi dan seminar/pembentukan peringkat parokidan gabungan paroki (zon)
-bengkel siri kateketik Malaysia, IKD/RCIA


-rekoleksi / kem / LSS - para calon penguatan, Komuni Suci Pertama, IKD, Ibubapa, penanggung/wali